Sunday, April 29, 2012

0 comments

Epilog Seorang Hamba…..

            Pabila tirai malam berlabuh, mentari melempiaskan sayapnya…dari jauh kulihat cahaya itu terus mekar menyinar..bersama beburung yang riang berterbangan..bebas walau mahu ke mana pun jua..dan aku…duduk terdiam kaku di bawah cahaya itu..hanya mampu merenung dengan senyuman…mungkin  kadangkala dengan tangisan…seraya hati ini berkata…sinar pagi hari lazimnya hadir dengan harapan..harapan yang seharusnya beralas dengan niat..dan niat yang semestinya hanya kerana Dia…Yang Maha Pencipta…dan Yang Maha Mengasihi…dalam kekalutan pagi…sang mentari kian asyik meninggi…dengan penuh taat menyinari bumi yang tandus ini...langkah kaki ini harus kuhayun…penuh sayu dan sendu….tapi tetap harus menapak…demi Dia..yang amat kucinta…
            Persoalan kesayuan dan kesedihan itu aku gagahkan untuk dilenyapkan…kerana aku tahu bahawa segalanya hanya ujian dan cubaan di alam yang sementara ini..sekuat dan segetir manapun rintangan itu…akan cuba aku hadapi bertemankan ilmu yang tidak seberapa…berpaksikan iman dan taqwa kurniaan dariNya…dalam kegelapan itu aku tercari sinar..agar bibir ini mampu menguntum senyuman yang bukan lagi rekaan…persoalan tentang ujian kehidupan ini andai mahu dibahas…bisa melonggarkan kesemua sistem kewarasan  akal yang telah ada di minda…dan akhirnya…kita akan diisytiharkan sebagai insan yang gila…atau dalam kata lain..sakit jiwa…yang mana terapinya hanya dilakukan di hospital bahagia…ini membuat aku terfikir..adakah penghuni di hospital itu bahagia semuanya…
            Ujian hidup ini tidak hanya bertandang melalui tangisan semata…derai tawa itu juga ujian…kekayaan itu juga ujian…pangkat dan darjat itu juga ujian…seluruh kehidupan ini adalah satu ujian…ia hadir tanpa undangan…dan pergi tanpa perkhabaran…segalanya hanya Dia…sebaik-baik pengatur buat sekian makhluk di alam semesta…menangis atau tertawa…kembalilah pada Dia…hanya Dia tempat untuk hati kecilmu itu mengadu dan merintih hiba…juga mensyukuri kurniaan dan nikmat yang melimpah tidak terkira…terlalu banyak nikmat yang diberi…namun terlalu sedikit diri ini mensyukuri…astaghfirullah….layakkah aku mendapat ihsanMu lagi….
            Diri ini masih mencari jalan yang terletak cahayaNya….erti sebenar kehidupan ini seperti mahu diteroka…ke kanan atau ke kiri…hadapan atau belakang…yang putih atau yang hitam…seringkali persimpangan seperti ini menjelma….dan aku terduduk lelah di antara garisan persimpangan itu…kadangkala fikiran ini berjenaka…alangkah bahagia menjadi bayi semula….semakin banyak langkah dihayun…semakin dekat diri ini pada titik pengakhiran…titik pemisah dunia dan barzakh…..Ya Allah…gerun rasa hati ini memikirkannya….amal tidak seberapa…pahala hanya sekangkang kera….layakkah aku menghuni syurgaNya….
            Hembusan angin malam menyedarkan aku dari lamunan itu….terasa seperti diri ini tidak berpijak di bumi nyata….hanyut entah ke mana…lena dalam jaga…mimpi dalam sedar…lamunan yang seperti tiada tepian…tiba-tiba airmata berguguran….berlinang jatuh membasahi pipi…hanya itulah teman setia pendamping diri…kelelahan yang tidak bisa dizahirkan dari kata-kata…tapi hanya airmata…dan coretan pena lusuh ini sebagai peredup minda….yang kian hari penuh oleh nista dan tipu daya dunia…adakah masih mampu kaki ini melangkah mencari redhaNya….masih gagahkah hati ini menyampaikan dakwah hanya keranaNya….masih wujudkah ruang untukku menyintai dan dicintai atas restuNya…..
            Dalam pencarian cintaNya….kutemui 1001 pancaroba….yang kadangkala membuat kaki ini rebah…dan hampir tersungkur ke tanah…untaian kasih dan cintaNyamembuat aku menangis saban hari…adakah sebanyak itu juga aku mencintaiNya….persoalan yang ingin sekali aku pupuk jawapannya…kerana hanya Dia yang akan memberiku bahagia…Dia menghadirkan segalanya…Dia punyai segalanya….sedang aku tak punya apa-apa….terasa kerdil diri ini di hadapanNya…akan ku usaha agar setiap langkah kaki ini hanya untukNya….mencari redha dan sinarNya…..dalam hembusan nafas yang masih tersisa…..
            Acapkali ungkapannya….hidup ini umpama roda….hidup ini bagai kapal yang berlayar…hidup ini itu dan ini….bagaimana didefinisikan jua hidup ini…pengakhirannya tetap mati….yang perlu diberatkan bukanlah definisi…tetapi erti buat hati…dalam acuan apa kita mencorakkan kehidupan yang sementara ini…acuan agama atau nafsu semata….bermatlamatkan dunia atau akhirat…menghujani diri sendiri dengan persoalan yang sangat bererti…..di mana agaknya diri ini dalam fatamorgana dunia ini…adakah aku hanyut dengan keasyikan dan keseronokanmu wahai dunia…sehingga aku lupa pada alam yang menunggu di sana….adakah tegar ibadah dan cintaku pada Dia…
            Keheningan kabus malam membuat hati ini semakin sayu meratapi hilangnya sang mentari…membuat aku berteleku kembali memikirkan perjalanan diri…kemana hayunan langkah kaki esok hari….jalan mujahadah itu bukan semudah ungkapan…istiqomah menjadi soleh dan solehah itu bukan sekelip mata hamparan….di laluan manakah agaknya diriku ini berada…masih utuhkah jalinan kasih yang tercipta dan akan kudamba….lalu aku bingkas berbisik pada hati….segalanya milik Illahi….dan akan kembali pada Illahi….yakinlah duhai hati…tersimpan 1001 hikmah tersembunyi yang tidak kau ketahui dalam setiap titik ujian ini….segalanya terjadi kerana Dia Maha Mengasihi….




Tuesday, January 10, 2012

Masa yang sama tetapi kemungkinan yang berbeza.

0 comments

Pembaca yang dihormati dan yang sentiasa didalam rahmat perlindungan Allah.. moga-moga dengan pertambahan umur yang Allah berikan kepada kita dari sehari ke sehari menambahkan juga iman kita dari yang permulaannya lemah menjadi semakin kuat. Sekiranya sebelum ini kita “dihiasi” dengan akhlak yang kurang elok moga-moga dengan peningkatan umur maka akhlak kita juga semakin meningkat.

Apa yang nak dikongsikan pada kali ini adalah tentang suatu nikmat yang Allah beri kepada kita iaitu “masa”. Teman-teman.. percayalah bahawa tiap-tiap dari kita ini mempunyai ketetapan masa yang tersendiri iaitu ajal yang sentiasa semakin hampir kepada seiring dengan penambahan umur kita.

Semakin bertambah umur kita maka sebenarnya kita semakin hampir dengan penghujung umur kita… tetapi berape ramaikah yang sedar akan hal ini… bagaimana pula dengan diri kita sendiri..? adakah kita juga sedar akan hal ini….

Allah memberikan kepada kita masa 24jam sehari semalam.. setiap orang juga mendapat masa yang sama… tak de yang cakap bahawa hidup die sehari semalam 26jam.. klo ada yang cakap macam tu… insyaAllah tak lama lagi masuk hospital rambutan…

Allah memberikan kita semua masa yang sama tetapi yang berbeza antara kita adalah bagaimana kita memanfaatkan masa tersebut…? Terdapat 3 golongan manusia…, pertama yang memenuhkan masanya dengan perkara ibadah dan mendatangkan faedah.. moga-moga kita tergolong didalamnya.., kedua adalah golongan yang memenuhkan masanya dengan perkara yang sia-sia.., moga kita dijauhkan.., ketiga adalah golongan yang memenuhkan masanya dengan perkara-perkara maksiat terhadap Allah s.w.t.. nauzubillah…

Kehidupan ini hanyalah sebuah kesempatan yang hanya akan datang sekali, masa yang telah pergi tidak akan lagi dapat dikecapi kerana kehidupan semalam merupakan sejarah hidup kita.., yang hanya boleh dikenang…

Bertanyalah pada diri kita.., sejarah yang bagaimanakah yang ingin kita simpan sebagai kenangan terindah… adakah kemaksiatan kita kepada Allah itu yang ingin kita simpan sebagai sejarah terindah yang boleh kita ceritakan kepada generasi akan datang.. anak cucu kita… oh.. teramat malang kalau itulah sejarah hidup kita…

Tidak mengapa andai kita rasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan suatu masa dahulu.. kerana penyesalan dalam dunia ini masih ada nilainya…. Tapi cuba kita sama-sama bayangkan andai penyesalan itu setelah kite dibangkitkan semula di padang mahsyar…. Penyesalan pada waktu itu hanyalah suatu yang sia-sia… segalanya telah terlambat….!!!!! Tak berguna !!!!

Sebelum kita dijemput kesana.. meh sama-sama nilai kembali hidup kita atas setiap apa yang dah kita buat selama ini…. Sama-samalah kita menyesal sekarang atas kekurangan kita agar tidak menyesal kita disana kelak……..

Thursday, December 29, 2011

Duit Kertas dan Emas.. Mana Lebih Berharga....?

0 comments
Beberapa minggu lepas..., ada sorang member nie die promote untuk melabur dengan pelaburan emas.... memang sangat seronok aku dengar penjelasan dan penerangan yang die bagi....

die terang hampir sejam kot yang emas tu lebih bernilai dari duit kertas.... emas tak jatuh harga tapi nilai duit kertas akan jatuh.... kenaikan harga barang tu petunjuk bahawa nilai duit kertas semakin menurun.... lebih kurang mcm tu la yang die terang kat aku...

kesimpulannya die ajak aku melabur emas melalui die.... biasa r.. orang bisnes... ayat mesti kencang.... kadang-kadang "kencing" pun ada.... tapi yang kencing tu bukan member aku nie... die nie jenis baik...

kesimpulan aku plak... manusia nie bile die tau nilai sesuatu benda tu sangat berharga... die pasti akan kejar benda sampai dapat.... berhempas pulas nak dapatkan benda tu sebab bagi die benda tu sangat berharga dan akan dapat menyenangkan die suatu hari nanti.....

ape pun......... ape yang aku cite kat atas nie cume tamsilan jer.... yang sebenarnye aku nak kongsi dengan korang semua...... manusia ni bile die tau satu benda tu ade nilai.... dan nilainya sangat berharga..... mesti gile-gile nak dapatkannyer......

klo tadi aku cite pasal orang yg tau nilai emas dan nak kumpulkan emas banyak-banyak.... melabur banyak-banyak.....

jom kita sama-sama tanya diri masing-masing..... aku tanya hati aku..., korang tanya kat hati korang...... kita ni sebenarnya tau atau tak nilai dunia yang kita sedang duduk nie.... dengan negeri akhirat yang akan kita pegi "esok".... perbandingan antara keduanya.... mana yang lebih bernilai..... yang mana paling tinggi nilainya.....

dunia yang kite duduk ni sementara dengan akhirat yang selamanya...... mana yang lebih bernilai.... andai kite hidup didunia dengan kemewahan... mungkin paling lama kita hidup 100 tahun... tapi klo kite hidup mewah diakhirat.... kita akan merasa nikmat kemewahan itu selama-lamanya..... mana lagi best...? cecube jawab.....

klo betul lah kite ni tau nilai akhirat tu lebih berharga dari dunia nie..... kenapa kita masih jadi orang yang gile pada dunia... kerja lebih masa sampai solat terabai.... nak carik duit banyak-banyak keje dari pagi sampai malam sampai kelas-kelas pengajian tak pegi.... nak hidup mewah sampai dah tak kenal halal dan haram......

klo kita nie masih tergolong orang yang tak berape nak amik tau pasal agama..., tak nak amik tau tentang apa bekalan yang boleh dibawa kesana... tu maknanya.... kita masih tak tau nilai sebenar kehidupan nie.....

aku nak ingatkan diri aku juga berkongsi peringatan nie dengan korang semua bahawa kenikmatan hidup didunia ini sangat sedikit dan sementara jika nak dibanding dengan kehidupan kat sana nanati....

jom kita sama-sama cari ilmu, agar dengannya kita tahu menilai antara dunia dan akhirat manakah yang lebih berharga.....

"mencari pada hari ini untuk bekalan pada masa akan datang"


Wednesday, December 28, 2011

belajar dari orang yang bodoh untuk menjadi lebih bijak

0 comments
sebelum ni aku penah dengar satu ungkapan tentang sekolah kehidupan atau lebih mudah nak faham... kehidupan itu adalah sekolah...

betul ke kehidupan itu adalah sekolah...? bagi aku jawapannyer betul...

bagi aku sekolah itu tempat belajar dan tempat belajar itu adalah sekolah.... macam ayat ahli falsafah plak.... macam ni lah....

klo korang ade adik-adik yang masih bersekolah... cube tanye kat diorang kenapa diorang pegi sekolah.... diorang akan jawab... pegi sekolah untuk belajar la.... itu pun nak tanyer jgk ker...

begitu jugak sebenarnye dengan kehidupan kite... ia adalah sekolah dan kite harus belajar dari kehidupan ini.....

dalam kehidupan kite... berdepan dengan pelbagai ragam manusia itu adalah lumrah... maklum.. rambut sama hitam... tapi ada yang lurus ada yang kerinting.....

maksud aku Allah cipta kan kita nie berbeza-beza....

ada jugak yang bijak dan ada jugak yang bodoh.... tapi yang aku nak cite skang....

satu ungkapan nie " belajar dari orang yang bodoh untuk menjadi lebih bijak "

macam mane tue....

belajar dengan orang bodoh mungkin akan menjadi lebih bodoh.... itu ape yang aku fikir mula-mula... tapi setelah aku faham... kata-kata tu mempunyai inergi yang tersendiri untuk aku....

mengikut pengamatan korang la kan... sama ke orang yang bodoh dengan orang yang bijak... mesti la tak sama... mana akan sama orang yang tau nilai duit dengan yang tak tau....

jadi.... apa benda yang kita boleh belajar dari orang yang bodoh nie... maklum.... orang yang takde ape-ape dia tak kan mampu untuk beri apa-apa...... orang yang takde duit... macam mane nak bagi kat orang lain duit....

jawapannye mudah....

untuk belajar dengan orang yang bodoh adalah kita melihat pada perbuatan, percakapan, tindakan dan sebagainye.... orang yang bodoh mesti buat benda bodoh jugak.... jadi... kite jangan buat apa yang diorang buat... klo kite pun buat sama dengan apa yang diorang buat... maksudnye kite bodoh sama dengan diorang...

bile kita tak buat benda bodoh... maksudnye... kite telah menjadi lebih cerdik..... faham....

"jangan buat apa yang orang-orang bodoh buat"




Filem Melayu filem kite

0 comments
gambar hiasan.



Hari tu ade member ajak aku tengok cite melayu..... baru-baru nie... die ajak g pawagam... seumur hidup belum penah jejak kaki kat pawagam nie..., fikir punya fikir... tak jadi pegi... tengok kat you tube je lah... free.... hehe

maklum orang pokai macam aku nie... kene berhati-hati dalam berbelanja.. kata orang mengutamakan yang "paling utama" dari yang "utama"... baik duit masuk pawagam tu aku beli buku ke.. sedekah ker.. lagi besor faedahnyer.... kepada korang-korang yang pokai mcm aku nie... fikir-fikirkanlah....

kepada yang banyak duit... lantak koranglah... duit ko bukan duit aku.... tak gitu.... woha..!! nanti dalam kubur... Allah tanye ko bukan tanyer aku....

aku bukan nak cite pasal duit nie.., tapi nak komen ckit pasal filem melayu semenjak dua menjak nie... bagi aku makin mengarut-ngarut... tak nafikan ade pengajaran yang nak disampaikan... tapi... pengajaran tu sampai dalam keadaan yang tak sepatutnye...


tengok pada industri perfileman skang..., memang suatu yang semakin membimbangkan, bagi aku bile filem-filem yang ditayangkan tu telah mula diselami oleh adegan-adegan seks... seolah-olah itu adalah suatu kebiasaan dalam masyarakat.. perlu ke adegan sebegitu dimuatkan dalam sesuatu filem...? apa kejadahnye... tak de faedah pun.....benda tu tak yah ajar... semua orang pandai kot.... tak caye.. g tanye atuk kepada atuk korang.. die penah blaja nak buat "benda" tu kat TV ker..? tak penah kan......

sebagai orang melayu yang islam.., ini adalah suatu perkara yang menghakis ciri-ciri kemelayuan itu sendiri... orang melayu yang dikenali sebagai satu bangsa yang bersopan santun dan pemalu... tapi... pemalukah kita klo aksi diatas ranjang ditayangkan kepada semua orang..... apa pengajaran yang nak disampaikan sebenarnye....

kononya nak bagi tau kat masyarakat jangan berzina, jangan seks bebas.... wei..!! agak-agak r...

ni keje gile... tunjuk kat orang lain "orang berzina" supaya orang jauh dari zina... umpama ko tayang kat anak ko cite lucah... pastu ko cakap kat die... jangan buat mcm yang die tengok tu.... tak baik... pergh.....!! "seronok" jugak klo dapat bapak yang mcm tu.... dialah anak yang paling "bertuah"...

klo ada bapak yang ajar anak die macam tu... korang mesti cakap yang die tu bapak yang bodoh... mudahnye "bapak bodoh"... tak tergamak kot nak ajar anak macam tu.... klo ade.. sape lah anak die tu yer... ntah-ntah yang buat filem-filem nie... haha gurau jer... bapak yang waras tak ajar anak die macam tu.....

ini tamsilan.... klo betul r filem-filem ni dibuat untuk mengisahkan hal masyarakat dan mendidik masyarakat.... bagi aku ada benda yang tak kene.... bagi aku retorik je untuk mendidik masyarakat dengan filem-filem yang "gile babi" mcm nie... ops... tersasul... (lantak lah., blog aku.. ade aku kisah....)

tapi..... klo memang filem tu dibuat untuk mencari keuntungan... tu bab lain... bagi aku memasukkan unsur-unsur seks itu umpama pelaris yang sangat baik....

memasukkan unsur-unsur seks memang satu strategi perniagaan yang terbaik bagi mendapatkan pulangan yang banyak bagi syarikat perfileman.... maklum citer spara lucah... tapi...

woi..!! sedarlah ckit.. yang untungnye syarikat... yang rosaknye masyarakat.... tak leh fikir ke..?

umpama orang jual dadah... yang untung dier... yang jahanam.... sape.?? cube jawab...
klo dadah tu merosakkan badan.... filem-filem yang mcm ni... tak ke merosakkan pemikiran.... jahanam habis anak melayu kite... mau jadi gile seks..

tak kisah lah klo dah syarikat tu mmg kite tak leh nak halang... hak die nak wat filem ape pun... tapi yang aku nak tekankan kat sini... sape yang bagi untung kat diorang tu... bukan ke kite jgk....

eleh tak nak ngaku... tu yang ko kuar duit masuk pawagam tu... gi beli dvd citer kat kedai tu.. kire mnyumbang r tu... aku..? aku tengok kat YOU TUBE jer... free... hehe tak yah bayar.... memang r aku tengok.. klo tak macam maner nak komen.. (ayat nak selamat...)

tak kisah lah... pokoknya... tepuk dada tanye selera... betul ke filem-filem yang sebegini boleh mendidik masyarakat... atau hanya akan merosakkan masyarakat... sape pulak yang menjadi penyumbang terbesar kepadanye... kite ni terbabit atau tak..?

klo kite sendiri terbabit... maknenye...... kite juga penyumbang kepada kerosakan masyarakat....

maknenyer.. kite kene cepat-cepat bertaubat... kite sedang merosakkan generasi akan datang... anak cucu cicit kite sendiri.... renung-renungkan....





Tuesday, December 27, 2011

Kau bile plak...?

1 comments



Tahniah aku ucapkan pada kawan-kawan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga juga kepada yang tengah duk berdebar menunggu bertukar status...

oleh sebab dah makin ramai orang yang sebaya dengan aku dan yang lebih muda dari aku berkahwin maka bertali aruslah soalan-soaln cepumas yang sampai kat aku... kau bile plak nak kawinnyer....

dah banyak sangat soalan yang sama dan makin malas aku nak jawab.. dengan slumber je aku jawab tak lama dah... haha

tapi makin banyak kawan-kawan aku yang kawin..., makin banyak jugak aku dengar citer yang pelik-pelik pasal rumah tangga nie... kadang-kadang tu macam tak masuk akal pun ade... oleh sebab diorg panggil aku ustz jadi mcm-macam soalan yg ditanye... yang aku rasa soalan tu tak patut tanye kat aku kot....

mana taknyer orang tanye msalah rumah tangga dekat orang yang rumah pun takde apatah lagi tangganye... maksud aku belum kawin r....

tapi ada benda la yang aku nak kongsi kat sini pasal rumah tangga nie... tak la banyak cume... kepada yang baru berumah tangga korang kene ingat sebenarnya korang tu baru je memulakan pelayaran... umpama kawan yang baru siap dengan nakhoda yang baru... dan kali pertama memulakan pelayaran....

seorang nakhoda yang baik die harus tahu dan sedar bahawa dilautan itu banyak cabarannya... tak akan penah lepas dari menghadapi gelombang... kepada seorang nakhoda kapal.., dia harus tahu bahawa mengumpulkan teori tentang pelayaran tak sama dengan memperaktikkan teori tersebut....

faham tak maksud aku ape nie... adoi... maksud aku klo sebelum kahwin kite dan baca beralmari buku pasal perkahwinan... tu semua yang kite baca bukan semudah makan kacang untuk kita amalkan.... maka harus selalu muhasabah diri dan terus berdoa agar kuat,....

kapal yang dipandu oleh nakhoda yang baik akan dapat melalui setiap cabaran dengan baik dan sampai kepada tujuan... tetapi kapal yang tidak dipandu oleh nakhoda yang baik mungkin akan karam atau menyimpang dari tujuan yang asal...

klo sebelum kawin berazam nak bahagiakan istri.., jangan sampai dah kawin kite la yang buat die mcm takde harga diri.. mcm tu jgk dgn istri....

kepada yang masih belum lagi mcm aku nie..., yang teruna dan yang dara... korang mesti ada rasa ingin dimiliki dan memiliki.... tipulah klo korang tak nak kawin.... kawin memang seronok klo kene gayanye... tapi boleh jadi bala klo tersilap percaturannya....

klo dalam hati tu ada hasrat nak kawin... dah kurang-kurangkan buang masa dengan benda tak berfaedah... baca buku-buku yang boleh menambahkan ilmu tu... gi dengar ceramah agama.., amik tau pasal tanggjawab masing2.. carik ilmu yang berkaitan... fahami perkara-perkara yang fardhu ain dalam bab rumah tangga... kurangkan r main game.. ko ingat dengan game tu boleh tolong ko nanti klo rumah tangga ko kene landa badai...a buat persediaan untuk menghadapi segala gelombang dan sebarang kemungkinan...

nasihat ni aku tujukan khas kepada orang yang sejenis dengan aku..., ingat ko tu pemimpin keluarga... klo ko rosak maknanye keluarga ko pun akan rosak... jangan duk sibuk je mengata orang perempuan skang dah banyak jadi kutu mahak (rosak).. bermula anak yang kutumahak (rosak) tu dari bapak yang kutumahak jugak... maksudnye orang lelaki r.. jangan duk ego sangat duk nak salahkan orang perempuan jer...

kata-kata orang bijak... orang yang berani adalah orang yang bersungguh-sungguh dan berazam untuk menghadapi gelombang tetapi orang yang penakut adalah orang yang selalu lari dari gelombang.... tak berani untuk berdepan dengan masalah tapi selalu cube lari dari masalah.... sekian

Wednesday, December 21, 2011

Tak kira…!! Yang penting aku dapat.

0 comments

Dua orang yang sedang bersembang di satu sudut....

Apan : aduh….

Ipan : nape bro… Nampak lain mcm jer…

Apan : erm.. aku dah lama tengok member sekelas ko tu… dah banyak kali cube ayat die… last-last die cakap dah ade buah hati r….

Ipan : owh… kire tengah kecewa la nie… bro… bunga bukan sekuntum, berlambak lagi…. Carik je yang lain…

Apan : die ni lain.., tak mcm perempuan lain…

Ipan : lain mcm mane..?

Apan : klo tengok tu rasa sejuk jer.., die la wanita yang memenuhi ciri-ciri yang aku carik selama ini…, sopan santunnyer.. cara die cakap…. (sambil membayangkan)

Ipan : tu je ke..? tp die mmg baik pun…..

Apan : banyak lah lagi… pendek kata.. klo die jadi istri aku… mesti bahagia punya…

Ipan : tapi die dah ade buah hati r…. die tak kan sangkut kat ko nyer…

Apan : ade aku kisah…..! klo aku nak.. aku mesti dapatnye.. tak kire r ape jalan pun…

Ipan : ko nie…. Agak-agak r…

Apan : aku betul-betul ikhlas suka kat die.., aku mesti boleh bahagiakan die…

Ipan : tak kan ko nak rampas die dari buah hati die tu…

Apan : apa salahnya kan… die belum kawin lagi… (muka tak bersalah)

Ipan : lantak ko lah… aku tak campur….

Tamat.

Penulis : cinta, cinta, cinta….

Memang boleh buat orang jadi gila… bile yang nak bercinta tu mmg orang gile….

Pembaca sekalian.., memang tak salah klo kite suka dekat seseorang tu… tapi yang jadi masalahnya yang nak amik orang lain punye buat apa….

Cuba bayang kalau kita kat tempat lelaki yang jadi buah hati pompuan tu… apa rasa..? ceciter…

Tak salah kalau kita mencari kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup… tapi janganlah bahagia yang kite dapat tu atas kesedihan orang lain… faham tak maksud aku….

Maksud aku., kita ketawa diatas air mata orang lain… klo kita rampas orang punya.. mungkin kita gembira tapi orang yang kita rampas tu… dia ketawa ke…? Cube jawab….

Pembaca sekalian…, kadang-kadang tak semua yang kita nak.. kita akan dapat… memang kita dituntut untuk berusaha… tapi agak-agak r.. klo usaha kita tu dengan cara yang salah…. Tak gune…. Kita kan ada agama….

Agak-agak la kan… kita boleh hidup bahagia ke klo kita buat benda yang agama larang….. tak boleh… cube tanye kat diri tu… yang bagi manusia bahagia ni sape…? Perdana menteri ke..? mak ke..? sape yang bagi kebahagiaan pada hidup manusia….. tak de jawapan lain.. Allah je… agak-agak Allah nak bagi ke klo kita tak ikut apa yang disuruh….. tepuk dada tu.. tak pun tepuk kepala sekali…

Kepada pembaca sekalian.. amik lah pengajaran dari kesilapan orang lain… biar kita tak buat benda yang sama…. Aku ulang “janganlah mencari kebahagian diatas kesedihan orang lain” tapi jadilah orang yang merasa bahagia dengan kebahagiaan orang lain…..

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template