Epilog
Seorang Hamba…..
Pabila tirai malam berlabuh, mentari
melempiaskan sayapnya…dari jauh kulihat cahaya itu terus mekar
menyinar..bersama beburung yang riang berterbangan..bebas walau mahu ke mana
pun jua..dan aku…duduk terdiam kaku di bawah cahaya itu..hanya mampu merenung
dengan senyuman…mungkin kadangkala
dengan tangisan…seraya hati ini berkata…sinar pagi hari lazimnya hadir dengan
harapan..harapan yang seharusnya beralas dengan niat..dan niat yang semestinya
hanya kerana Dia…Yang Maha Pencipta…dan Yang Maha Mengasihi…dalam kekalutan
pagi…sang mentari kian asyik meninggi…dengan penuh taat menyinari bumi yang
tandus ini...langkah kaki ini harus kuhayun…penuh sayu dan sendu….tapi tetap
harus menapak…demi Dia..yang amat kucinta…
Persoalan kesayuan dan kesedihan itu
aku gagahkan untuk dilenyapkan…kerana aku tahu bahawa segalanya hanya ujian dan
cubaan di alam yang sementara ini..sekuat dan segetir manapun rintangan
itu…akan cuba aku hadapi bertemankan ilmu yang tidak seberapa…berpaksikan iman
dan taqwa kurniaan dariNya…dalam kegelapan itu aku tercari sinar..agar bibir
ini mampu menguntum senyuman yang bukan lagi rekaan…persoalan tentang ujian
kehidupan ini andai mahu dibahas…bisa melonggarkan kesemua sistem
kewarasan akal yang telah ada di
minda…dan akhirnya…kita akan diisytiharkan sebagai insan yang gila…atau dalam
kata lain..sakit jiwa…yang mana terapinya hanya dilakukan di hospital
bahagia…ini membuat aku terfikir..adakah penghuni di hospital itu bahagia
semuanya…
Ujian hidup ini tidak hanya bertandang
melalui tangisan semata…derai tawa itu juga ujian…kekayaan itu juga
ujian…pangkat dan darjat itu juga ujian…seluruh kehidupan ini adalah satu
ujian…ia hadir tanpa undangan…dan pergi tanpa perkhabaran…segalanya hanya
Dia…sebaik-baik pengatur buat sekian makhluk di alam semesta…menangis atau
tertawa…kembalilah pada Dia…hanya Dia tempat untuk hati kecilmu itu mengadu dan
merintih hiba…juga mensyukuri kurniaan dan nikmat yang melimpah tidak terkira…terlalu
banyak nikmat yang diberi…namun terlalu sedikit diri ini mensyukuri…astaghfirullah….layakkah
aku mendapat ihsanMu lagi….
Diri ini masih mencari jalan yang
terletak cahayaNya….erti sebenar kehidupan ini seperti mahu diteroka…ke kanan
atau ke kiri…hadapan atau belakang…yang putih atau yang hitam…seringkali
persimpangan seperti ini menjelma….dan aku terduduk lelah di antara garisan
persimpangan itu…kadangkala fikiran ini berjenaka…alangkah bahagia menjadi bayi
semula….semakin banyak langkah dihayun…semakin dekat diri ini pada titik
pengakhiran…titik pemisah dunia dan barzakh…..Ya Allah…gerun rasa hati ini
memikirkannya….amal tidak seberapa…pahala hanya sekangkang kera….layakkah aku
menghuni syurgaNya….
Hembusan angin malam menyedarkan aku
dari lamunan itu….terasa seperti diri ini tidak berpijak di bumi nyata….hanyut
entah ke mana…lena dalam jaga…mimpi dalam sedar…lamunan yang seperti tiada
tepian…tiba-tiba airmata berguguran….berlinang jatuh membasahi pipi…hanya
itulah teman setia pendamping diri…kelelahan yang tidak bisa dizahirkan dari
kata-kata…tapi hanya airmata…dan coretan pena lusuh ini sebagai peredup
minda….yang kian hari penuh oleh nista dan tipu daya dunia…adakah masih mampu
kaki ini melangkah mencari redhaNya….masih gagahkah hati ini menyampaikan
dakwah hanya keranaNya….masih wujudkah ruang untukku menyintai dan dicintai
atas restuNya…..
Dalam pencarian cintaNya….kutemui
1001 pancaroba….yang kadangkala membuat kaki ini rebah…dan hampir tersungkur ke
tanah…untaian kasih dan cintaNyamembuat aku menangis saban hari…adakah sebanyak
itu juga aku mencintaiNya….persoalan yang ingin sekali aku pupuk
jawapannya…kerana hanya Dia yang akan memberiku bahagia…Dia menghadirkan
segalanya…Dia punyai segalanya….sedang aku tak punya apa-apa….terasa kerdil
diri ini di hadapanNya…akan ku usaha agar setiap langkah kaki ini hanya
untukNya….mencari redha dan sinarNya…..dalam hembusan nafas yang masih
tersisa…..
Acapkali ungkapannya….hidup ini
umpama roda….hidup ini bagai kapal yang berlayar…hidup ini itu dan
ini….bagaimana didefinisikan jua hidup ini…pengakhirannya tetap mati….yang
perlu diberatkan bukanlah definisi…tetapi erti buat hati…dalam acuan apa kita
mencorakkan kehidupan yang sementara ini…acuan agama atau nafsu
semata….bermatlamatkan dunia atau akhirat…menghujani diri sendiri dengan
persoalan yang sangat bererti…..di mana agaknya diri ini dalam fatamorgana
dunia ini…adakah aku hanyut dengan keasyikan dan keseronokanmu wahai
dunia…sehingga aku lupa pada alam yang menunggu di sana….adakah tegar ibadah
dan cintaku pada Dia…
Keheningan kabus malam membuat hati
ini semakin sayu meratapi hilangnya sang mentari…membuat aku berteleku kembali
memikirkan perjalanan diri…kemana hayunan langkah kaki esok hari….jalan
mujahadah itu bukan semudah ungkapan…istiqomah menjadi soleh dan solehah itu
bukan sekelip mata hamparan….di laluan manakah agaknya diriku ini berada…masih
utuhkah jalinan kasih yang tercipta dan akan kudamba….lalu aku bingkas berbisik
pada hati….segalanya milik Illahi….dan akan kembali pada Illahi….yakinlah duhai
hati…tersimpan 1001 hikmah tersembunyi yang tidak kau ketahui dalam setiap
titik ujian ini….segalanya terjadi kerana Dia Maha Mengasihi….
2 comments:
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تنظيف سجاد بالاحساء
شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بابها
شركة تنظيف سجاد بخميس مشيط
شركة تسليك مجارى بخميس مشط
شركة تسليك مجارى بحائل
شركة تنظيف سجاد بحائل
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف مكيفات بالدمام
شركة تنظيف منازل ببقيق
شركة تنظيف منازل براس تنورة
Post a Comment