Monday, August 31, 2009

Penakluk Andalusia.

0 comments



Tariq bin ziad adalah nama yang tidak asing dalam sejarah peradaban Islam, kehebatan yang ditunjukkan dalam menakluki bumi Andalus telah melakar suatu sejarah yang indah dalam dunia ketamadunan Islam. Beliau dan tenteranya telah menggempur dan hamper menakluki sehingga ke Eropah.

Bagaimanakah beliau boleh dan tenteranya mampu untuk menjadi sehebat itu, pasti ada suatu rahsia di sebalik kehebatannya. Setelah ku baca dan fahami kisah tentang Tariq bin ziad ini maka aku pun menemui akan rahsia kehebatannya dan tentera-tenteranya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa yang maha kuat dan hebat itu hanya Allah S.W.T . tetapi Allah juga boleh untuk menjadikan seseorang itu hebat mengikut kehendaknya.

Hati yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan habuan dari keduniaan merukan salah satu kekuatan yang ada di dalam jiwa setiap mukmin yang berjuang pada ketika itu. Apabila Tariq ditawarkan dengan emas dan pangkat sekiranya di Berjaya menakluki Andalus maka dia menolak akan tawaran itu dan berkata “ kami hanya mengharapkan keredhoaan dan syurga Allah semata-mata”. Tidak langsung hatinya terpaut dengan kemewahan dunia.

Tidak kurang juga amalannya dengan Allah S.W.T, beliau menjadikan dirinya dan tenteranya adalah orang yang benar-benar hampir dengan Allah S.W.T dengan amalan-amalan yang sunat disamping amalan yang wajib. Dalam memilih tentera bagi menunaikan sesuatu misi yang penting Tariq tidak menjadikan paras rupa sebagai ukuran akan tetapi beliau menjadikan solat malam sebagai ukurannya.

Jauh dari perasaan tamak haloba telah menyebabkan ramai dari orang-orang kafir yang tertarik hati dengan akhlak yang ditunjukkannya. Walaupun die mempunyai kuasa tetapi tidak pernah menggunakan kuasa tersebut untuk berlaku zalim, apabila ditanyakan oleh sahabatnya “Julian” mengapakah harta rampasan itu dibahagi sama rata.? Bukankah anda seorang ketua… maka Tariq pun menjawab : “ pangkat tidak membezakan pembahagian harta antara kami, bahkan anda juga akan mendapat bahagian dari harta rampasan itu. Julian bertanya : “walaupun saya masih belum beriman.?” Tariq : “ ya.. kita bekerjasama dalam mendapatkan kemenangan ini maka anda dan tentera anda juga berhak.

Sikap dan akhlak yang ditunjukkan oleh tentera Islam menyebabkan Islam lebih mudah tersebar di bumi Andalusia kerana penduduk di sana lebih sukakan cara pemerintahan islam berbanding Raja mereka.

Sahabat yang dirahmati oleh Allah sekalian, marilah kita sama-sama berjuanglah di jalan Allah dengan bersungguh-sungguh, disamping menjalankan gerak kerja yang banyak jangan dilupakan juga amal-amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Kita contohilah para Nabi dan para sahabatnya dalam memperjuangkan agama Islam ini. Jangan kita selalu untuk mempertikaikan bahawa ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan ujian yang kita hadapi tetapi selalulah merenung dan mengkaji bagaimana mereka meghadapi setiap ujian yang diberikan oleh Allah.

Sunday, August 23, 2009

Allahhuakbar!!!!

0 comments

Hukum berjihad.

Sejak empat belas abad yang lalu, perang telah diwajibkan ke atas setiap individu islam sama ada kewajipan itu berupa fardhu ain atau pun fardhu kifayah. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

( Surah al-Baqarah:2:216 ).

Ayat dia atas menunjukkan bahawa setiap individu muslim wajib berperang walaupun perang itu suatu perkara yang tidak disukai ramai kerana lazimnya perang itu membabitkan keganasan, pembunuhan, penderaan dan kemusnahan.

Mengapa Orang Islam Mesti Berjihad.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa berdakwah adalah suatu kewajipan yang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi sebagai seorang yang beriman ia perlu untuk memahami dengan lebih jelas apa yang dimaksudkan berdakwah dan bagaimana cara-caranya, adakah berdakwah itu semata-mata duduk memberikan tazkirah atau pergi rumah ke rumah.? Seseungguhnya berdakwah itu terlalu luas pengertiannya kerana tiap-tiap perbuatan yang kita lakukan juga boleh menjadi alat untuk berdakwah selagimana kita melakukan perbuatan yang baik dan tidak bercanggah dengan kehendak agamamaka itu dinamakan berdakwah dengan akahlak. Oleh kerana pengertian dakwah ini terlalu luas maka perlu untuk kita fahami bahawa setiap umat Islam juga mampu untuk berdakwah melalui peperangan kerana ini juga adalah salah satu dari ajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dalam menyebar dan menyampaikan agama yang suci ini bagi memastikan seluruh manusia mendapat cahaya dan petunjuk dari ilahi dan memastikan seluruh kehidupan di atas muka bumi ini hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Sesungguhnya bersiap sedia untuk berjihad itu adalah sebaik-baik jalan untuk mencapai dan mempertahankan keamanan. Adapun agama islam telah mewajibkan berjihad kepada umatnya atau penganutnya bukanlah bertujuan untuk membuka ruang dan jalan untuk melakukan kerosakan dan menyalakan api permusuhan dan bukan juga untuk membuka ruang atau jalan untuk bersikap tamak haloba kepada harta benda dunia, iaitu merampas dengan kekerasan semata-mata tetapi jihad itu telah diwajibkan dan disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya bertujuan untuk menjaga dan menjamin keamanan dan kedamaian dengan menunaikan setiap perintah dan menyampaikan risalah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas setiap hambanya. ( Hasan Al-Banna .1389-1969 : 39-40 )

Allah S.W.T telah memerintahkan umatnya agar menyampaikan risalah agama yang akan memberi petunjuk kepada manusia menuju kearah pintu gerbang keadilan dan kebenaran sebagaimana firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

( Surah al-Anfaal:8:61 ).

Setiap orang Islam yang keluar untuk berjihad, hendaklah ia memperbetulkan niat dan menyucikan jiwanya dari sebarang perkara yang menyebabkan ia tersasar dari tujuan jihad yang sebenar berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah iaitu berjihad semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah S.W.T .

Sebagai pejuang yang benar-benar ingin berjihad di atas nama agama, hendaklah ia menjauhkan niat dan tujuannya daripada berjuang untuk mendapatka keduniaan semata-mata seperti ingin bermegah-megah, mengejar kebendaan, memperkosa dan berlaku kejam terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa, kerana segala perbuatan-perbuatan tersebut adalah haram dan terkutuk disisi agama. Di dalam jihad hanya satu perkara sahaja yang dihalalkan oleh Islam iaitu mengorbankan darah, menyerahkan jiwa raga kepada agama dan memberikan petunjuk serta tauladan kepada seluruh manusia.

Daripada Abi Hurairah r.a : berkata sesungguhnya seorang lelaki telah berkata : wahai Rasullullah! seorang lelaki mahu pergi berjihad di jalan Allah dengan tujuan hendak mendapatkan faedah keduniaan. Maka jawab baginda : “Tidak ada baginya pahala” diulang-ulang perkataannya itu hingga tiga kali, pada tiap-tiap kali baginda mengatakan : “Tidak ada baginya pahala”. ( Hadis Dikeluarkan Oleh Abu Daud ).

( Hasan Al-Banna .1389-1969 : 41 )

Sekiranya kita membaca dan meneliti kisah-kisah perjuangan para sahabat serta memperhatikan adab sopan mereka sewaktu mereka menyerang sesuatu negeri yang mereka buka, pasti kita akan dapat melihat sifat-sifat mereka yang jauh daripada perasaan tamak haloba dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang ganas dan kejam. Ternyata kelihatan tujuan mereka berjihad adalah benar-benar untuk menegakkan kalimah Allah S.W.T yang tertinggi. ( Hasan Al-Banna .1389-1969 : 41 )

Perasaan belas kasihan dalam berjihad.

Berjihad di dalam Islam itu adalah suatu yang mulia kerana ia membawa tujuan-tujuan yang murni dan suci, maka jihad itu tidak dapat lari dari batasan yang telah ditetapkan bagi menjamin jihad tersebut mampu mencipta keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat dan kehidupan manusia umumnya. Oleh itu, antara perkara yang terawal yang telah ditetapkan oleh Islam ialah Islam melarang dan mengutuk sesiapa yang memulakan permusuhan, sebagaimana firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh.

( Al-Baqarah :2:190 )

Maksud ayat di atas ialah Allah S.W.T memerintahkan kita supaya sentiasa berlaku adil walaupun terhadap musuh islam sekalipun. Jangan kita membunuh orang-orang awam yang tidak terlibat dalam sesuatu peperangan, seperti perempuan-perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang sakit atau pun orang yang telah mengaku kalah dengan menyerah diri, dan kita dilarang pula supaya jangan merosakkan bangunan dan tempat tinggal, pohon-pohon kayu dan sebagainya. Firman Allah S.W.T :


Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (Al-Maidah :5:8)

Ayat tersebut mengajar orang-orang islam supaya mereka sentiasa menyematkan ke dalam dada mereka sifat belas kasihan terhadap musuh semasa mereka melancarkan jihad di jalan Allah. Ketika melaksanakan jihad hendaklah mereka tidak berlaku kejam, membunuh dengan sebarang, menyerang dengan membabi buta, mereka dilarang mencuri, merampas harta benda orang-orang yang tidak terlibat di dalam peperangan dan dilarang pula menceroboh kehormatan kaum wanita, kerana yang demikian itu dianggap oleh syariat Islam melakukan penzinaan, sedang orang yang melakukan penzinaan itu dikutuk oleh Allah S.W.T.Selain itu orang-orang yang tidak bersalah pula hendaklah kita berlaku adil dan saksama. Layanilah mereka seperti dalam masa aman.

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template