Wednesday, September 16, 2009

Merintihlah Sementara Ada Waktu....

0 comments



“ Ya Allah Ya Tuhan Ku, Pada Mu Aku Memohon Dan Meminta Dan Kepada Mu Aku Sujud Menyembah. Wahai Tuhan Yangmengampuni Akan Tiap-Tiap Dosa Maka Ampunilah Dosa-Dosa Ku, Aku Merasakan Yang Diriku Ini Tidak Layak Untuk Ke Syurga Mu Namun Aku Tidak Sanggup Untuk Ke Neraka Mu. Oleh Itu Ampunilah Dosa-Dosa Ku Dan Perbaikilah Amalan Ku.”

Sahabat Yang Di Rahmati Oleh Allah Sekalian, Dalam Sedar Dan Tidak Sedar Tidak Lama Lagi Bulan Yang Mulia Ini Akan Meninggalkan Kita Sama Ada Meninggalakan Kita Untuk Sementara Atau Kita Akan Meninggalkannya Untuk Selamanya…

Belum Dapat Dipastikan Adakah Kita Berkesempatan Untuk Bertemu Dengannya Lagi Pada Tahun Yang Akan Datang…..,

Berakhirnya Ramadhan Itu Mengundang Kesedihan, Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan Dan Kelebihan Dan Tidak Ada Bulan Yang Lain Yang Standing Dengannya…

Tetapi Apakah Kita Telah Mengisi Akan Ramadhan Kali Ini Dengan Sebaik-Baik Amalan Atau Kita Hanya Mengabaikannya Dan Tidak Merasakan Apa-Apa Ke Atasnya…

Atau Kita Hanya Menjadi Manusia Yang Hanya Menunggu-Nunggu Keseronokan Syawal Semata-Mata Tanpa Mengambil Faedah Ke Atas Bulan Yang Mulia Ini….

Bermohonlah Kepada Allah Agar Melindungi Diri Kita Dari Tergolong Dalam Golongan Yang Lalai Ini….

Sebagai Manusia Yang Tidak Sempurna Kita Harus Sedar Bahawa Kita Telah Terlalu Banyak Melakukan Dosa Serta Kesilapan Terhadap Allah S.W.T….

Ketika Kita Lapar, Allah Lah Yang Memberi Kita Makanan, Ketika Kita Haus, Allah Lah Yang Memberi Kita Minuman Dan Kita Telah Terlalu Banyak Terhutang Budi Terhadap Allah S.W.T…

Tetapi Apakah Yang Telah Kita Lakukan Untuk Membalas Semua Budi Dan Nikmat Yang Telah Allah Berikan Kepada Kita….? Adakah Dengan Dosa-Dosa Kita..? Atau Amalan Yang Sedikit Itu…

Bermohonlah….. Sesungguhnya Allah Itu Maha Pemurah………….

Allah Itu Maha Pemurah.., Ia Masih Membuka Ruang Yang Seluas-Luasnya Kepada Setiap Hambanya Untuk Bertaubat Dan Memeperbaiki Amalan Mereka….

Gunakanlah Kesempatan Yang Diberikan Oleh Allah Ini Untuk Memperbanyakkan Taubat Dan Munajat Kepadanya Tambahan Pula Dalam Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatannya…

Sebelum Terlambat………

Sekiranya Kita Bertangguh Dan Taubat Kita Itu Telah Didahului Dengan Kematian Maka Sia-Sia Dan Taubat Itu Tidak Akan Diterima Lagi Oleh Allah…..

Gunakanlah Hari-Hari Terakhir Ini Dengan Sebaiknya, Memohon Dan Memintalah Insyaallah Pasti Dikabulkan……

“Wahai Orang-Orang Yang Berdosa Janganlah Kamu Berputus Asa Dari Rahmat Keampunan Ku, Sesungguhnya Aku Mengampunkan Dosa Kamu Seluruhnya, Sesungguhnya Aku Maha Pengampun”

Tuesday, September 15, 2009

Rezeki Adalah Suatu Yang Telah Ditetapkan.

0 comments



Setiap Muslim Yang Beriman Dengan Penuh Yakin Kepada Allah Yang Maha Mencipta Alam, Maha Pencipta Manusia Dan Yang Maha Menentukan Rezeki Kaatas Makhluk Ciptaannya, Sudah Pasti Ia Beriman Dengan Penuh Yakin Kepada Hakikat Yang Rezekinya Terjamin Dan Sudah Diperuntukkan Bagi Keperluan Hidupnya. Cuma Yang Perlu Hanyalah Berusaha Untuk Mencarinya . Inilah Sikap Seorang Muslim Yang Berbeza Daripada Sikap Orang Bukan Islamyang Tidak Mengetahui Bahawa Rezekinya Telah Ditentukan Oleh Allah S.W.T. Sikap Yang Berbeza Hasil Daripada Keimanan Dan Keyakinan Yang Berbeza Ini Melahirkan Kesan Dan Tindakan Yang Berbeza Dengan Nilai Yang Berbeza.

Dengan Keyakinan Kepada Hakikat Tadi, Setiap Muslim Bekerja Dan Berusaha Mencari Rezeki Yang Disediakan Itu Tanpa Khuatir Dan Bimbang, Tanpa Risau Dan Ragu-Ragu, Tanpa Rasa Susah Dan Gelisah. Sebaliknya Sikap Dan Keyakinan Itu Manghasilkan Ketenangan Dan Kedamaian Jiwa Kerana Dia Mencari Sesuatu Yang Sedia Ada Dan Sudah Disediakan Baginya, Ditentukan Dan Terjamin Pula. Inilah Tenaga Jiwa Yang Diperlukan Dalam Perjalanan Dan Pengembaraan Hidup Insan Di Dunia Sebagai Hamba Allah Yang Wajib Mengabdikan Diri Kepadanya.

Tetapi Berbeza Halnya Dengan Bukan Muslim, Mereka Tidak Merasai Sepertimana Yang Dirasai Oleh Muslim Yang Sebenar. Ini Kerana Mereka Mencari Sesuatu Yang Belum Pasti, Belum Ada Dan Belum Ditentukan Oleh Maha Penciptanya. Walaupun Banyak Yang Diperoleh, Tetapi Dirasakan Masih Belum Memadai Dan Mencukupi. Inilah Punca Penderitaan Dan Kegelisahan Jiwa Yang Sebenarnya Yang Berpunca Daripada Kebendaan.

Bagi Muslim Yang Sebenar, Sikap Dan Keyakinannya Pada Allah Menghasilkan Rasa Kesyukuran Sama Ada Dengan Lidah, Hati Mahupuin Amalan. Kesyukuran Itu Adalah Factor Keberkatan Hidup Dan Penambahan Rezeki Baginya. Seterusnya Dia Tidak Akan Sesekali Menghabiskan Masa Seharinya Bagi Mencari Rezeki Semata-Mata Yang Diragui Dan Dibimbangi Itu. Walaupun Alasanya Bagi Menjamin Masa Depannya Tetapi Sebenarnya Die Telah Terjerumus Dalam Usaha Mengejar Dan Memburu Dunia Tanpa Disedarinya Sehingga Melupakan Tugas Dan Risalahnya Iaitu Jihad Di Jalan Allah. Jihad Yang Dimaksudkan Di Sini Sama Ada Dengan Sebahagian Harta Dan Rezeki Yang Diberikan Oleh Allah Tadi Ataupun Jihad Dengan Badan Dan Nyawanya.

Oleh Itu, Sedarlah Wahai Sahabat-Sahabat Bahawa Tidak Layak Bagi Seorang Muslim Yang Beriman Itru Menggunakan Alasan Untuk Menjaga Periuk Nasiknya Dan Demi Menjaga Masa Depannya Lalu Dia Meninggalkan Jalan Jihad Terhadap Agama Ini. Janganlah Kita Tergolong Dikalangan Manusia Yang Menjadikan Dunia Ini Sebagai Tuhan Yang Disembah Dengan Menjadikan Agama Sebagai Jambatan Dan Alat Untuk Mendapatkannya Semata-Mata. Tetapi Kita Jadilah Manusia Yang Menjadikan Dunia Ini Sebagai Jambatan Dan Alat Untuk Mencapai Keredhoan Dan Syurga Allah Yang Maha Luas Itu.

Friday, September 11, 2009

serban yang dipermainkan

0 comments


Wanita berkalung serban merupakan sebuah filem yang dihasilkan dengan menyelitkan kontroversi dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sekiranya ia dihasilkan oleh seorang yang muslim maka seolah-olah ia sengaja ingin mewujudkan suatu gambaran yang tidak baik terhadap agama islam ini.

Pada pandangan saya, filem ini seolah-olah ingin menonjolkan bahawa golongan manusia yang belajar agama di pondok-pondok adalah golongan ortodok dan ekstrim seolah-olah ingin mengatakan agama Islam ini adalah agama yang menganjurkan perbuatan yang ekstrim dan melampau. Sebenarnya apa yang disampaikan dan yang difilemkan itu langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar orang yang benar-benar memahami agama dan filem ini dibuat semata-mata ingin memburukkan imej sekolah-sekolah pondok. Ini merupakan satu fahaman yang di bawa oleh golongan sekular yang mana mereka cuba untuk menghasut dan menakutkan masyarakat agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok atau dalam kata yang sebenar mereka mahu supaya masyarakat Islam tidak lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk blajar agama.

Serangan pemikiran seperti ini lah yang sedang digunakan oleh golongan sekular dalam menjayakan fahaman mereka dan hasrat mereka agar umat Islam ini jauh dari agama mereka. Mereka menggambarkan Islam itu tidak baik sedangkan mereka lah sebenarnya yang tidak baik. Mereka hanya menggambarkan kehidupan orang Islam itu berdasarkan fahaman mereka semata-mata sedangkan apa yang tergambar di kepala mereka itu sama sekali tidak sama dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya.

Filem ini menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang menindas dan menyekat kebebasan kaum wanita. Sedangkan dalam al-Quran sendiri telah memperuntukkan satu surah yang dinamakan surah an-Nisa’ yang menceritakan hak wanita seterusnya mengangkat dan membela kaum wanita. Kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat janganlah anda mudah terpedaya dengan anasir dan fahaman-fahaman yang sebegini dan berhati-hatilah sentiasa terhadap musuh-musuh agama yang selalu mengintai-intai anda.

“golongan kafir itu tidak akan sesekali berhenti untuk memerangi kamu sehingga kamu berpaling dari agamamu dan mereka akan memerangi kamu dengan segala kemampuan yang mereka ada “





Sunday, September 6, 2009

sekularisme membunuh hati manusia

0 comments


Perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin yang bererti tiada agama atau duniawi. Terjemahannya dalam bahasa Arab ialah al-Ilmaniah. Orang Arab yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya ia daripada perkataan ilmu. Terjemahan yang sebenar al-Ilmaniah ialah duniawi. Alasannya ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.

Ideologi ini berasal daripada perbalahan hebat antara pemimpin-pemimpin kerajaan dengan paderi-paderi gereja. Begitu juga perbalahan antara sains (ilmu duniawi) dengan paderi-paderi di gereja. Paderi-paderi gereja memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri lalu mereka bertarung dengan pemerintah dan juga ahli-ahli ilmu duniawi yang dianggap sebagai penghalang. Perbalahan berakhir dengan melahirkan suatu fahaman yang membawa ajaran supaya memisahkan agama dengan urusan duniawi. Kemudian, ajaran ini bertindak memisahkan agama dengan politik supaya politik “bersih” daripada pengaruh agama.

Ajaran ini diasaskan oleh orang-prang Yahudi pada Revolusi Perancis 1789. Kemudian ia berkembang ke seluruh benua Eropah bagi menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan dan urusan duniawi dalam kehidupan masyarakat.

Tokoh-tokoh yang menghidupkan ajaran ini dinamakan ahli falsafah atau ahli fikir seperti Dikart, Spinuza (beragama Yahudi), Rosu dan lain-lain.

Sekularisme adalah satu bentuk peperangan baru terhadap umat Islam pada masa kini. Sekiranya peperangan secara kekerasan telah Berjaya mengorbankan jutaan para shuhada’ dan nyawa umat Islam, peperangan pemikiran ini juga telah Berjaya mengorbankan jutaan hati-hati umat Islam.

Saya mengingatkan diri ini dan sahabat sekalian, pada masa kini manusia amat-amat menjaga dirinya dari kematian, bermacam-macam perkara yang sanggup dilakukan demi memastikan kesihatannya dalam keadaan baik tetapi berapa ramai pula yang memerhati dan menjaga hatinya daripada sakit dan mati. Bagaimana dengan diri kita..?

“ matinya fizikal manusia itu tidaklah sebahaya matinya hati-hati manusia, kerana sekiranya badan yang mati ia masih boleh untuk masuk ke dalam syurga Allah tetapi sekiranya hati yang mati maka hidupnya seumpama binatang bahkan lebih jahat dan tiadalah tempatnya disisi Allah dan tetaplah ia didalam neraka Allah”

Wednesday, September 2, 2009

Pertemuan di padang rumput, helah musuh yang dipatahkan.

0 comments

Pasukan tentera di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-jarrah tiba di Marj Ar-Rum, sebuah padang rumput yang luas milik Rom. Dalam perjalanan, tiba-tiba mereka dihalang segerombolan tentera Rom Yang dipimpin oleh Panglima Theodorus bersama ribuan tenteranya. Kedua-dua pasukan tentera saling berhadapan. Panglima Rom dengan gagah perkasa tampil kehadapan.

“wahai tentera Islam, saya diperintahkan oleh Raja Kaisar Herculis menghancurkan kamu semua. Jangan mimpi kamu dapat menawan kota Hims. Saya tidak akan benarkan kamu bergerak walau seinci sekalipun dari sini. Sekiranya kamu masih berdegil, terimalah akibatnya nanti,” katanya dengan lantang.

Abu Ubaidah pula tampil kehadapan. “kami tidak gentar! Biarpun nyawa melayang, darah mengalir, namun menyerah diri bukan cara kami. Ada baiknya kamu yang menyerah diri.

Panglima Thedorous ketawa besar. “jangan harap kami akan menyerah diri! Tiga kota Rom Berjaya kamu tawan tetapi tidak kota Hims! Saya akan pastikan kamu tidak akan menjejakkan kaki ke kota itu.

“baiklah esok kita jumpa disini.” Abu Ubaidah menyahut cabaran dengan tenang.

Selepas selesai solat subuh, Khalid dan tenteranya bersiap sedia untuk berperang, tetapi setelah matahari naik tinggi di atas kepala tiada seorang pun tentera Rom yang berada di hadapan mereka. Khalid merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Setelah disiasat rupa-rupanya pertemuan mereka di padang rumput tersebut hanya satu tipu muslihat semata-mata. Rupa-rupanya tentera Rom telah menghantar pasukan mereka bagi menakluki Kota Damsyik semula.

Tanpa membuang masa, Khalid membawa tenteranya ke Damsyik bagi mempertahankan kota tersebut. Setelah sampai di sana maka Khalid dan tenteranya terus melakukan serangan demi serangan, ribuan anak panah yang dilepaskan oleh tentera Rom tidak dapat menggentarkan hati tentera Islam, jumlah tentera Rom yang lebih ramai langsung tidak menggentarkan hati tentera Islam bahkan mereka bertambah bersemangat untuk berjuang kerana mereka amat mengharapkan kesyahidan di medan perang atau kemenangan, laungan takbir terus bergema sehinggalah tentera Islam Berjaya mengalahkan tentera Rom serta berjaya membunuh ketua tentera mereka.

Pengajaran yang boleh diambil, bahawasanya mengetahui strategi serta tipu muslihat musuh-musuh Islam juga adalah amat penting bagi memastikan umat Islam tidak terus tertipu dan terus dikalahkan. “kebatilan yang penuh berstrategi pasti akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak berstrategi”

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template