Sunday, April 29, 2012

2 comments

Epilog Seorang Hamba…..

            Pabila tirai malam berlabuh, mentari melempiaskan sayapnya…dari jauh kulihat cahaya itu terus mekar menyinar..bersama beburung yang riang berterbangan..bebas walau mahu ke mana pun jua..dan aku…duduk terdiam kaku di bawah cahaya itu..hanya mampu merenung dengan senyuman…mungkin  kadangkala dengan tangisan…seraya hati ini berkata…sinar pagi hari lazimnya hadir dengan harapan..harapan yang seharusnya beralas dengan niat..dan niat yang semestinya hanya kerana Dia…Yang Maha Pencipta…dan Yang Maha Mengasihi…dalam kekalutan pagi…sang mentari kian asyik meninggi…dengan penuh taat menyinari bumi yang tandus ini...langkah kaki ini harus kuhayun…penuh sayu dan sendu….tapi tetap harus menapak…demi Dia..yang amat kucinta…
            Persoalan kesayuan dan kesedihan itu aku gagahkan untuk dilenyapkan…kerana aku tahu bahawa segalanya hanya ujian dan cubaan di alam yang sementara ini..sekuat dan segetir manapun rintangan itu…akan cuba aku hadapi bertemankan ilmu yang tidak seberapa…berpaksikan iman dan taqwa kurniaan dariNya…dalam kegelapan itu aku tercari sinar..agar bibir ini mampu menguntum senyuman yang bukan lagi rekaan…persoalan tentang ujian kehidupan ini andai mahu dibahas…bisa melonggarkan kesemua sistem kewarasan  akal yang telah ada di minda…dan akhirnya…kita akan diisytiharkan sebagai insan yang gila…atau dalam kata lain..sakit jiwa…yang mana terapinya hanya dilakukan di hospital bahagia…ini membuat aku terfikir..adakah penghuni di hospital itu bahagia semuanya…
            Ujian hidup ini tidak hanya bertandang melalui tangisan semata…derai tawa itu juga ujian…kekayaan itu juga ujian…pangkat dan darjat itu juga ujian…seluruh kehidupan ini adalah satu ujian…ia hadir tanpa undangan…dan pergi tanpa perkhabaran…segalanya hanya Dia…sebaik-baik pengatur buat sekian makhluk di alam semesta…menangis atau tertawa…kembalilah pada Dia…hanya Dia tempat untuk hati kecilmu itu mengadu dan merintih hiba…juga mensyukuri kurniaan dan nikmat yang melimpah tidak terkira…terlalu banyak nikmat yang diberi…namun terlalu sedikit diri ini mensyukuri…astaghfirullah….layakkah aku mendapat ihsanMu lagi….
            Diri ini masih mencari jalan yang terletak cahayaNya….erti sebenar kehidupan ini seperti mahu diteroka…ke kanan atau ke kiri…hadapan atau belakang…yang putih atau yang hitam…seringkali persimpangan seperti ini menjelma….dan aku terduduk lelah di antara garisan persimpangan itu…kadangkala fikiran ini berjenaka…alangkah bahagia menjadi bayi semula….semakin banyak langkah dihayun…semakin dekat diri ini pada titik pengakhiran…titik pemisah dunia dan barzakh…..Ya Allah…gerun rasa hati ini memikirkannya….amal tidak seberapa…pahala hanya sekangkang kera….layakkah aku menghuni syurgaNya….
            Hembusan angin malam menyedarkan aku dari lamunan itu….terasa seperti diri ini tidak berpijak di bumi nyata….hanyut entah ke mana…lena dalam jaga…mimpi dalam sedar…lamunan yang seperti tiada tepian…tiba-tiba airmata berguguran….berlinang jatuh membasahi pipi…hanya itulah teman setia pendamping diri…kelelahan yang tidak bisa dizahirkan dari kata-kata…tapi hanya airmata…dan coretan pena lusuh ini sebagai peredup minda….yang kian hari penuh oleh nista dan tipu daya dunia…adakah masih mampu kaki ini melangkah mencari redhaNya….masih gagahkah hati ini menyampaikan dakwah hanya keranaNya….masih wujudkah ruang untukku menyintai dan dicintai atas restuNya…..
            Dalam pencarian cintaNya….kutemui 1001 pancaroba….yang kadangkala membuat kaki ini rebah…dan hampir tersungkur ke tanah…untaian kasih dan cintaNyamembuat aku menangis saban hari…adakah sebanyak itu juga aku mencintaiNya….persoalan yang ingin sekali aku pupuk jawapannya…kerana hanya Dia yang akan memberiku bahagia…Dia menghadirkan segalanya…Dia punyai segalanya….sedang aku tak punya apa-apa….terasa kerdil diri ini di hadapanNya…akan ku usaha agar setiap langkah kaki ini hanya untukNya….mencari redha dan sinarNya…..dalam hembusan nafas yang masih tersisa…..
            Acapkali ungkapannya….hidup ini umpama roda….hidup ini bagai kapal yang berlayar…hidup ini itu dan ini….bagaimana didefinisikan jua hidup ini…pengakhirannya tetap mati….yang perlu diberatkan bukanlah definisi…tetapi erti buat hati…dalam acuan apa kita mencorakkan kehidupan yang sementara ini…acuan agama atau nafsu semata….bermatlamatkan dunia atau akhirat…menghujani diri sendiri dengan persoalan yang sangat bererti…..di mana agaknya diri ini dalam fatamorgana dunia ini…adakah aku hanyut dengan keasyikan dan keseronokanmu wahai dunia…sehingga aku lupa pada alam yang menunggu di sana….adakah tegar ibadah dan cintaku pada Dia…
            Keheningan kabus malam membuat hati ini semakin sayu meratapi hilangnya sang mentari…membuat aku berteleku kembali memikirkan perjalanan diri…kemana hayunan langkah kaki esok hari….jalan mujahadah itu bukan semudah ungkapan…istiqomah menjadi soleh dan solehah itu bukan sekelip mata hamparan….di laluan manakah agaknya diriku ini berada…masih utuhkah jalinan kasih yang tercipta dan akan kudamba….lalu aku bingkas berbisik pada hati….segalanya milik Illahi….dan akan kembali pada Illahi….yakinlah duhai hati…tersimpan 1001 hikmah tersembunyi yang tidak kau ketahui dalam setiap titik ujian ini….segalanya terjadi kerana Dia Maha Mengasihi….




 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template