Sunday, July 25, 2010

Kematian Jurunasihat Terbaik....

0 comments

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala puji baginya yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada tiap-tiap hambanya. Maka sebesar-besar nikmat yang telah dikurniakan kepada manusia adalah nikmat keimanan kepadanya.

Telah berkata Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud : “ bagi tiap-tiap umat itu ada ajalnya masing-masing, apabila telah tiba akan ajalnya maka ia tidak akan dapat dicepatkan atau dilambatkan “

InsyaAllah pada coretan kali ini, ingin saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita berbicara mengenai kematian agar kita tergolong dikalangan mereka-mereka yang selalu mengingati mati, mengingati mati merupakan antara tanda keimanan yang wujud dan mekar didalam diri kita. Berkata ulama’ kematian ini adalah perpindahan dari dunia ke alam yang lain, perumpamaannya seperti berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain. Kematian bagi orang-orang yang beriman ibarat seorang yang miskin duduk didalam rumah yang sangat usang kemudian dia berpindah kesebuah rumah banglo yang lengkap serba serbi, sudah pasti ia bergembira dengan perpindahan tersebut begitu jugalah sebaliknya bagi orang yang tidak beriman bagi mereka kematian ibarat perpindahan dari sebuah banglo ke sebuah rumah yang sangat usang, sudah pasti mereka tidak bergembira dengan perpindahan tersebut. Dimanakah kita..? bergembira dengan kematian atau sebaliknya.

Kebanyakkan manusia pada hari ini sudah tidak gemarkan lagi bahkan marah sekiranya kita mengingatkan dirinya dengan kematian, malah sesetengah pihak pula menganggap ingat kepada kematian hanya akan menyebabkan seseorang itu mundur dan tidak bermotivasi. Benarkah perkataan mereka ini.? Sedangkan nabi mengajarkan umatnya agar selalu dan sentiasalah mengingati saat kematian, perkataan siapakah yang lebih benar. Pakar motivasi terkenal tanah air iaitu dr. Hm Tuah sendiri mengakui kebenaran kata-kata nabi dan ada menyebutkan dalam bukunya yang bertajuk “ buat jangan tak buat” dimana beliau menyatakan bahawa kematian yang pasti ditempuhi oleh semua orang itu boleh menjadi jurunasihat yang paling baik.

Sekiranya kita masih tidak ada lagi jurunasihat ataupun kita sudah kehilangan jurunasihat maka jadikanlah kematian sebagai juru nasihat yang akan selalu memerhati dan menegur diri kita. Bagaimana..? “kematian” bukan manusia yang boleh berkata-kata… tak percaya..? cubalah selalu ingat kepada mati insyaAllah anda akan dapat merasai bagaimana ia akan jadi penasihat terbaik dalam hidup anda…. Selamat mencuba..:)

Wednesday, July 7, 2010

Tidak sepatutnya kita sombong.

1 comments

“ Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Menciptakan Sekalian Alam..”

Bagi mereka-mereka yang didalam dadanya disinari dengan sinaran keimanan kepada Allah s.w.t, ayat diatas sudah cukup untuk menjauhkan dirinya dari berkelakuan sombong dan bongkak diatas muka bumi ini. Ia merupakan sifat yang dicela dan dimurkai oleh Allah s.w.t. Telah banyak umat yang terdahulu binasa akibat dari perbuatan sombong dan bongkak mereka.

Terdapat segelintir manusia yang hidup diatas muka bumi ini tanpa kesedaran iman yang jelas didalam dirinya menyebabkan dia menjadi manusia yang suka kepada puji-pujian. Merasakan bahawa setiap apa yang dilakukan harus mendapat pujian, melakukan sesuatu pekerjaan adalah untuk mendapatkan pujian, segala – gala yang dilakukan adalah untuk mendapat pujian. Bagi mereka pujian yang diperolehi itu adalah lebih penting dari segala-galanya sehingga sanggup untuk melakukan apa sahaja demi sebuah “pujian”.

Kononya dengan pujian yang diperolehi itu akan mewujudkan ketenangan pada jiwa dan menjadi sumber kebahagiaan dalam hidup. Padahal semua itu adalah ketenangan dan kebahagiaan yang palsu semata-mata. Terlalu mencari puji-pujian dan terlalu suka dipuji-puji merupakan salah satu cabang dan jalan untuk seseorang itu menjadi sombong dan bongkak terhadap penciptanya. Siapakah kita untuk melakukan perbuatan yang biadap itu. Layakkah kita merasa sombong kepada yang telah menciptakan kita..

“Segala Puji Hanya Bagi Allah” merupakan sepotong ayat dimana padanya terkandung sesuatu ketetapan yang pasti bahawa segala puji-pujian itu adalah selayaknya kepada Allah dan hanya yang layak untuk mendapat pujian itu adalah Allah s.w.t. Ayat itu juga menafikan segala bentuk puji-pujian keatas selain Allah iaitu makhluk termasuklah manusia seperti kita.

Mengapa segala pujian itu hanya layak untuk Allah dan makhluk ini tidak layak untuk dipuji..? jawapannya adalah bahawa tiap-tiap sesuatu yang ada pada setiap makhluk itu adalah milik Allah samada secara zahir atau sebaliknya. Sebagai contoh, kita sebagai manusia telah Allah berikan segala macam kenikmatan sehingga disediakan dunia ini untuk kesenangan hidup kita. Harus kita sedar bahawa kenikmatan ini bukan milik kita akan tetapi hanya pinjaman dari Allah s.w.t.

Allah s.w.t mengurniakan manusia dengan akal, lalu dengan akal tersebut manusia menjadi cerdik dan pintar. Dengan kepintaran itu manusia dapat mencipta sesuatu yang hebat seperti bangunan-bangunan yang mencakar langit misalnya. Layakkah orang yang mencipta bangunan tersebut merasa bangga dan mahu kepada pujian sedangkan akal yang ada pada dirinya itu bukan milik dia, akan tetapi akal itu adalah milik Allah dan Allah hanya meminjamkan kepadanya sahaja. Bukankah itu perbuatan manusia yang tidak sedar diri dan tak tahu malu. Mengharapkan dan meminta sesuatu yang tidak layak pun untuk dirinya. Fikir dan renungkan…

“Meminta di puji dan mahu dipuji itu membuka salah satu pintu kesombongan…”

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template