Saturday, October 23, 2010

Perkaitan Antara Akidah, Agama Dan Kebudayaan.

0 comments

- Akidah, agama dan kebudayaan sebenarnya adalah 3 unsur yang saling berkaitan dan sukar untuk dipisahkan. Ini kerana agama itu sendiri tertegak atas dasar akidah manakala kebudayaan pula tertegak atas asas agama. Untuk lebih mudah kita memahami akan hal ini, kita umpamakan akidah adalah tapak kepada sebuah rumah, agama sebagai tiang dan dinding, manakala pintu, atapnya adalah kebudayaan. Kekuatan sesebuah bangunan itu terletak pada tapaknya begitulah juga dengan agama dan kebudayaan, ia akan menjadi baik dengan kemantapan akidah yang telah dibina. (Sidi Gazalba 1978)

Tapak sahaja tidak cukup untuk sesebuah rumah itu, ia memerlukan tiang dan dinding tanpa keduanya ia tidak akan dikenali sebagai sebuah rumah. Begitulah perumpamaan akidah dan agama, akidah yang mantap hanya akan dapat dizohirkan dengan nilai agama yang baik manakala nilai agama yang baik pula hanya dapat dizohirkan melalui kebudayaan yang baik. (Sidi Gazalba 1978)

Perlu difahami dengan jelas bahawa kebudayaan yang baik menjadi cermin kepada nilai agama yang baik seterusnya menjadi cermin kepada akidah yang benar-benar ikhlas dan suci begitu jugalah sebaliknya. Kebudayaan yang tidak baik akan membawa fitnah kepada agama dan akan merosakkan akidah. Hanya dengan gabungan antara tiga unsur ini akan menjamin kejayaan bagi seseorang itu didunia dan kehidupan di akhirat kelak. (Dr Musa Asy’arie 1999 )

Thursday, October 14, 2010

Nasihat dan peringatan (10).

0 comments

Wahai manusia, sesungguhnya telah sampai kepadamu pengajaran daripada tuhan kamu dan ia adalah ubat bagi apa yang ada di dalam dada. Lalu mengapakah kamu tidak berbuat baik melainkan kepada yang telah berbuat baik kepadamu dan tidak berhubungan kecuali dengan yang telah menghubungi kamu dan tidak berkata-kata kecuali dengan yang telah berkata-kata dengan kamu, dan tidak member makan melainkan kepada yang telah memberi kamu makan, dan tidak memuliakan kamu? Tidak ada kelebihan atau istimewa seseorang atas yang lain.

Sesungguhnya seorang mukmin yang telah mengimani Allah dan Rasulnya, merekalah orang-orang yang berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka, mereka menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan dengan mereka, memaafkan orang-orang yang menghalang mereka, mempercayai orang-orang yang telah menghianati mereka, bercakap-cakap dengan orang yang telah mengusir mereka serta memuliakan orang-orang yang telah menghina mereka: sesungguhnya Aku sangat mengetahui tentang kamu semua. (imam ghazali : 1999)

Tuesday, October 12, 2010

Kebudayaan Di Dalam Bahaya.

1 comments

Manusia hari ini hidup dibawah naungan kebudayaan yang bertentangan dengan Islam, iaitu kehidupan yang sia-sia tanpa pengertian dan tidak mengetahui hikmah mengapa ia diciptakan. Kebudayaan hari ini laksana tuan kepada sebuah kapal, ia menghiasi kapal tersebut dengan segala macam perhiasan dan kemudahan agar manusia tertarik untuk menaiki kapal tersebut, setelah ia dipenuhi oleh penumpang terus ia belayar dilautan tetapi pelayarannya adalah pelayaran tanpa hala tujuan. (Abdul Majid Azzuandi : 1999)

Demikianlah kebudayaan pada hari ini mengajar kepada manusia bagaimana dia hidup tetapi ia tidak mampu menerangkan kepada manusia mengapakah manusia itu hidup dan diciptakan.? Jelaslah bahawa manusia tidak ada jalan keluar dari kesia-siaan hidup didunia ini kecuali dengan mewujudkan tali pergantungan kepada yang Maha Menciptakan yang telah menciptakan sekalian isi langit dan bumi. Sesungguhnya Dia sahajalah yang mengetahui hikmah disebalik setiap penciptaan dan mengapa manusia itu diciptakan.

Selagi manusia tidak mengenali penciptanya urusan dirinya tetap akan dipandang lebih kecil dari sehelai kertas dan lebih hina dari seekor serangga. Diantara gejala dan akibat dari kebudayaan zaman ini ialah kegoncangan yang mengerikan. Ia menggoncangkan sendi-sendi kehidupan individu dan masyarakat, ketagihan arak, gilakan hiburan, pelacuran dan pembuangan bayi merupakan cara hidup yang sangat menggilakan. Inilah yang memenuhi jiwa-jiwa yang sentiasa bergelojak kerana nafsu amarah yang membuak-buak dan kerana kekosongan jiwa dari nur dan hidayah dari Allah.

Pertarungan diantara manusia adalah implikasi dari kekufuran, jadi jalan keluar daripadanya adalah dengan jalan keimanan kepada Allah dalam erti kata yang sebenar. kebudayaan yang menguasai dunia hari ini adalah kebudayaan jahiliyyah yang dipenuhi dengan kezaliman, penindasan, pemerasan kerana para pemerintah membuat undang-undang untuk menguasai manusia. Mereka menjadikan undang-undang ciptaan mereka sebagai alat untuk menjalankan muslihat mereka demi memuaskan nafsu syahwat mereka.

Kezaliman, penindasan dan pemerasan oleh hukum manusia tidak mungkin dapat dihapuskan kecuali kekuasaan ini dilucuti dari tangan mereka dan dipindahkan kepada Allah s.w.t. Adapun syariat Islam yang terkenal dengan keadilannya, kebaikan telah mengagumkan para pakar undang-undang. Mereka tidak mempunyai jalan lain kecuali mengakui keagungan dan kesempurnaan undang-undang Islam apabila mereka mengetahuinya. Mereka mengakui bahawasanya jalan keluar dari krisis, bencana dan kezaliman ini adalah dengan kembali kepada syariat Islam.

Wahai orang yang berakal, apakah tindakan yang akan kamu lakukan apabila kamu melihat sekelompaok manusia yang mengubah lelaki kepada wanita dan wanita menjadi lelaki, mencabut kemuliaan yang telah Allah berikan kepadanya sehingga ia menjadi sehina-hina binatang yang melata diatas muka bumi ini, meruntuhkan sistem kekeluargaan dan merosakkan moral. Demikianlah keruntuhan dan krisis kebudayaan zaman ini, inilah buah-buah kekufuran yang menghimpit dan penuh dengan kegoncangan. Justeru itu, tidak aka akan ada jalan lain lagi yang dapat menyelamatkan umat Islam melainkan dengan jalan keimanan agar mereka dapat menjadi pengikut dan pewaris para nabi

Monday, October 4, 2010

Nasihat dan pengajaran (9).

0 comments

Wahai manusia janganlah kamu mengutuk manusia lain kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu. Wahai manusia, tujuh lapis langit berada diudara tanpa tiang, hanya dengan satu nama daripada nama-nama-ku tetapi hati kamu tidak tetap walaupun dengan seribu pengajaran dari kitab-Ku.

Wahai manusia, sebagaimana batu tidak akan lembut disebabkan air, maka demikian jugalah hati yang keras tidak akan berguna baginya sebarang nasihat. Wahai manusia, bagaimanakah kamu mengakui bahawa kamu adalah hamba Allah kemudian kamu masih menderhakai-Nya. Dan bagaimanakah kamu mengetahui bahawa maut itu pasti tiba, tetapi kamu cuba menghindarinya.? Betapa kamu sanggup mengatakan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, dan kamu menyangkanya hal yang kecil sedangkan disisi Allah ia adalah hal besar.(imam ghazali ; 1999)

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template