Friday, September 11, 2009

serban yang dipermainkan




Wanita berkalung serban merupakan sebuah filem yang dihasilkan dengan menyelitkan kontroversi dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sekiranya ia dihasilkan oleh seorang yang muslim maka seolah-olah ia sengaja ingin mewujudkan suatu gambaran yang tidak baik terhadap agama islam ini.

Pada pandangan saya, filem ini seolah-olah ingin menonjolkan bahawa golongan manusia yang belajar agama di pondok-pondok adalah golongan ortodok dan ekstrim seolah-olah ingin mengatakan agama Islam ini adalah agama yang menganjurkan perbuatan yang ekstrim dan melampau. Sebenarnya apa yang disampaikan dan yang difilemkan itu langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar orang yang benar-benar memahami agama dan filem ini dibuat semata-mata ingin memburukkan imej sekolah-sekolah pondok. Ini merupakan satu fahaman yang di bawa oleh golongan sekular yang mana mereka cuba untuk menghasut dan menakutkan masyarakat agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok atau dalam kata yang sebenar mereka mahu supaya masyarakat Islam tidak lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk blajar agama.

Serangan pemikiran seperti ini lah yang sedang digunakan oleh golongan sekular dalam menjayakan fahaman mereka dan hasrat mereka agar umat Islam ini jauh dari agama mereka. Mereka menggambarkan Islam itu tidak baik sedangkan mereka lah sebenarnya yang tidak baik. Mereka hanya menggambarkan kehidupan orang Islam itu berdasarkan fahaman mereka semata-mata sedangkan apa yang tergambar di kepala mereka itu sama sekali tidak sama dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya.

Filem ini menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang menindas dan menyekat kebebasan kaum wanita. Sedangkan dalam al-Quran sendiri telah memperuntukkan satu surah yang dinamakan surah an-Nisa’ yang menceritakan hak wanita seterusnya mengangkat dan membela kaum wanita. Kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat janganlah anda mudah terpedaya dengan anasir dan fahaman-fahaman yang sebegini dan berhati-hatilah sentiasa terhadap musuh-musuh agama yang selalu mengintai-intai anda.

“golongan kafir itu tidak akan sesekali berhenti untuk memerangi kamu sehingga kamu berpaling dari agamamu dan mereka akan memerangi kamu dengan segala kemampuan yang mereka ada “





0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template