Wednesday, September 2, 2009

Pertemuan di padang rumput, helah musuh yang dipatahkan.



Pasukan tentera di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-jarrah tiba di Marj Ar-Rum, sebuah padang rumput yang luas milik Rom. Dalam perjalanan, tiba-tiba mereka dihalang segerombolan tentera Rom Yang dipimpin oleh Panglima Theodorus bersama ribuan tenteranya. Kedua-dua pasukan tentera saling berhadapan. Panglima Rom dengan gagah perkasa tampil kehadapan.

“wahai tentera Islam, saya diperintahkan oleh Raja Kaisar Herculis menghancurkan kamu semua. Jangan mimpi kamu dapat menawan kota Hims. Saya tidak akan benarkan kamu bergerak walau seinci sekalipun dari sini. Sekiranya kamu masih berdegil, terimalah akibatnya nanti,” katanya dengan lantang.

Abu Ubaidah pula tampil kehadapan. “kami tidak gentar! Biarpun nyawa melayang, darah mengalir, namun menyerah diri bukan cara kami. Ada baiknya kamu yang menyerah diri.

Panglima Thedorous ketawa besar. “jangan harap kami akan menyerah diri! Tiga kota Rom Berjaya kamu tawan tetapi tidak kota Hims! Saya akan pastikan kamu tidak akan menjejakkan kaki ke kota itu.

“baiklah esok kita jumpa disini.” Abu Ubaidah menyahut cabaran dengan tenang.

Selepas selesai solat subuh, Khalid dan tenteranya bersiap sedia untuk berperang, tetapi setelah matahari naik tinggi di atas kepala tiada seorang pun tentera Rom yang berada di hadapan mereka. Khalid merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Setelah disiasat rupa-rupanya pertemuan mereka di padang rumput tersebut hanya satu tipu muslihat semata-mata. Rupa-rupanya tentera Rom telah menghantar pasukan mereka bagi menakluki Kota Damsyik semula.

Tanpa membuang masa, Khalid membawa tenteranya ke Damsyik bagi mempertahankan kota tersebut. Setelah sampai di sana maka Khalid dan tenteranya terus melakukan serangan demi serangan, ribuan anak panah yang dilepaskan oleh tentera Rom tidak dapat menggentarkan hati tentera Islam, jumlah tentera Rom yang lebih ramai langsung tidak menggentarkan hati tentera Islam bahkan mereka bertambah bersemangat untuk berjuang kerana mereka amat mengharapkan kesyahidan di medan perang atau kemenangan, laungan takbir terus bergema sehinggalah tentera Islam Berjaya mengalahkan tentera Rom serta berjaya membunuh ketua tentera mereka.

Pengajaran yang boleh diambil, bahawasanya mengetahui strategi serta tipu muslihat musuh-musuh Islam juga adalah amat penting bagi memastikan umat Islam tidak terus tertipu dan terus dikalahkan. “kebatilan yang penuh berstrategi pasti akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak berstrategi”

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template