Sunday, September 6, 2009

sekularisme membunuh hati manusia




Perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin yang bererti tiada agama atau duniawi. Terjemahannya dalam bahasa Arab ialah al-Ilmaniah. Orang Arab yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya ia daripada perkataan ilmu. Terjemahan yang sebenar al-Ilmaniah ialah duniawi. Alasannya ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.

Ideologi ini berasal daripada perbalahan hebat antara pemimpin-pemimpin kerajaan dengan paderi-paderi gereja. Begitu juga perbalahan antara sains (ilmu duniawi) dengan paderi-paderi di gereja. Paderi-paderi gereja memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri lalu mereka bertarung dengan pemerintah dan juga ahli-ahli ilmu duniawi yang dianggap sebagai penghalang. Perbalahan berakhir dengan melahirkan suatu fahaman yang membawa ajaran supaya memisahkan agama dengan urusan duniawi. Kemudian, ajaran ini bertindak memisahkan agama dengan politik supaya politik “bersih” daripada pengaruh agama.

Ajaran ini diasaskan oleh orang-prang Yahudi pada Revolusi Perancis 1789. Kemudian ia berkembang ke seluruh benua Eropah bagi menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan dan urusan duniawi dalam kehidupan masyarakat.

Tokoh-tokoh yang menghidupkan ajaran ini dinamakan ahli falsafah atau ahli fikir seperti Dikart, Spinuza (beragama Yahudi), Rosu dan lain-lain.

Sekularisme adalah satu bentuk peperangan baru terhadap umat Islam pada masa kini. Sekiranya peperangan secara kekerasan telah Berjaya mengorbankan jutaan para shuhada’ dan nyawa umat Islam, peperangan pemikiran ini juga telah Berjaya mengorbankan jutaan hati-hati umat Islam.

Saya mengingatkan diri ini dan sahabat sekalian, pada masa kini manusia amat-amat menjaga dirinya dari kematian, bermacam-macam perkara yang sanggup dilakukan demi memastikan kesihatannya dalam keadaan baik tetapi berapa ramai pula yang memerhati dan menjaga hatinya daripada sakit dan mati. Bagaimana dengan diri kita..?

“ matinya fizikal manusia itu tidaklah sebahaya matinya hati-hati manusia, kerana sekiranya badan yang mati ia masih boleh untuk masuk ke dalam syurga Allah tetapi sekiranya hati yang mati maka hidupnya seumpama binatang bahkan lebih jahat dan tiadalah tempatnya disisi Allah dan tetaplah ia didalam neraka Allah”

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template