Thursday, June 11, 2009

kehendak dan keperluan...

0 comments



Apabila agama dianggap kehendak dan bukan lagi keperluan..
Macam balajar perdagangan la pulak….
Teringat masa sek kat dato’ harun dulu….
Bak kata cikgu aku keperluan mestilah didahulukan dari kehendak….
Senang cakap awlawiyyat la tu….
Tapi kebanyakan umat islam diakhir zaman nie….
Dah terbalik….
Menganggap agama adalah no 2….
Bukan lagi yang pertama…..
Contoh….
Klo nak pakai baju, yg ditengok mula-mula warnanye, coraknye dan sebagainye lah….
Patutnye tgk r dulu menutup aurat ke tak baju nie klo aku pakai….
klo 1000 org kata lawa sekalipun tapi tak menutup aurat….
Tu bukan lawa namanye….
Ade jgk yg melenting….. die cakap klo macam tu pakai tudung bulat je la yer….
Kene pakai jubah hitam je la yer…
Puak-puak ni yg payah….
Klo orang kata bangang marah…..
Org kata die ngaji tak habis tak terima………
Die jawab aku dulu sekolah agama….
Susah-susah….
Orang kata tutup aurat...!!
Nak pakai tudung bulat ke, tiga segi ke., tujuh segi ke suke hati ko la….
Nak pakai baju warna merah ke, jingga ke, kuning ke, suke hati ko la…
Ko yang nak pakai….
Yang penting tutup aurat…..
Bukan susah nak faham…
Tapi saje je tak nak faham………
Nie baru satu contoh pasal pakaian….
Ade banyak lagi..
Ape pun ….

“sesiapa yang berpaling dari peringatanku(al-Quran) maka baginye kehidupan yang sempit”
0 comments




Dengan nama Allah yang menciptakan…..
Alhamdulillah….
Segala puji pada Allah s.w.t ….
Tuhan yang maha pengasih kepada hamba-hambanye…
Klo bukanlah kerana limpah kasih sayngnye mana mungkin pada hari ini aku dapat melakukan kebaikan setelah melakukan dose ….
Semua itu adalah kerana hidayah yang ia berikan pada ku….
Jadi selayaknye aku sebagai manusia tidak boleh untuk merasa bangga dengan kebaikan yang aku buat dengan menghinakan orang lain…
Kadang-kadang aku merasa amat malu sekali…
Hamba jenis apa lah aku nie sebenarnye…
Masa aku lapar Allah lah yang beri aku makan..
Masa aku haus Allah lah yang beri aku minum…
Waktu aku sakit Allah lah yang menyembuhkan…
Apa yang aku minta Allah lah yang selalu tunaikan…
Tapi….
Apa yang Dia minta aku selalu kecewakan….
Tapi ia tetap masih berikan aku kehidupan….
Ya Allah terimalah taubat hambamu ini

Wednesday, June 10, 2009

hari-hari terakhir...

1 comments

Sudah mencecah hampir 5 bulan aku ngajar ngaji di I.P.M nie

klo tak silap aku r…

macam-macam pengalaman yang aku dapat dan mungkin tidak boleh di beli dikedai…

kat pasar malam pun tak de jgk…

tu lah namenye pengalaman…

moga-moga dengan pengalaman nie Allah akan mematangkan lagi aku…

macam-macam citer bile ngajar orang tua-tua ngaji nie…

kadang-kadang seronok..

kadang-kadang geram…

kadang-kadang sedih….

Kadang-kadang aku yang mati akal….

Mau taknye….

Dah dekat sepuluh kali aku sebut perkataan tu tak dapat jugak….

Lidah dah keras kot…

Yang paling geram….

Mingggu lepas dah ajor dah, dah ingat pun…

Sekalinye dier mintak ajar balik…

Dah lupe katenye….

Tak pe lah… kanak-kanak umur 48thn….

Nak marah tak boleh….

Sabor jer…..

Tapi aku amat memuji semangat diorang nie….

Kental, tak mudah putus asa….

Nampak bersungguh nak ngaji…..

Rase berat nak tinggal… huhuhu….

Tuesday, June 9, 2009

Jumpa lagi

0 comments

.
Peh…
memang dah lame tak bukak blog nie…
ade orang kata kat aku, yang aku nie hangat2 taik ayam…
mula-mula jer semangat nak tulis …
lame-lame jadi malas…
ape pun terpulang r nak kate ape pun…
memang malas pun… 
ala puasa bukak blog….
Ke macam mane..?
Aku bukan per….
Tulis tu dah tulis dah…
Tapi bile bace balik ape yang aku tulis tu macam ape ntah…
Malas nak masukkan dalam blog…
Tu yang tak terupdate2 tu… 

Wednesday, April 1, 2009

Sabar

1 comments


BERKATA IMAM AL-GHAZALI BAHAWA SABAR ITU TERBAHAGI KEPADA 2

PERTAMA: BAHAGIAN BADAN SEPERTI MENANGGUNG KEPAYAHAN DENGAN BADAN DAN TETAP DENGAN KEPAYAHAN ITU, IA NYA SAMA ADA DENGAN PERBUATAN SEPERTI MENGERJAKAN PERBUATAN YANG SUKAR DAN KADANG KALA DENGAN PERKARA-PERKARA IBADAH ATAU BUKAN IBADAH. ADA KALANYA DENGAN PENANGGUNGAN SEPERTI SABAR DI ATAS KESAKITAN YANG SERIUS ATAU LUKA PARAH.
SEKIRANYA SABAR ITU DI ATAS PERKARA MUSIBAH MAKA DI SEBUT SABAR DAN YANG BERLAWANAN DENGAN ITU DI SEBUT RESAH DAN GELISAH.
SEKIRANYA SABAR ITU PADA PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA KEKAYAAN, IA DI NAMAKAN MENAHAN DIRI,BERLAWANAN DENGAN NYA DI SEBUT BERMEGAH.
SEKIRANYA SABAR ITU DI DALAM PEPERANGAN MAKA IA DI SEBUT BERANI, BERLAWANAN DENGANNYA DI SEBUT PENGECUT.
SEKIRANYA SABAR ITU PADA MENAHAN MARAH ATAU PANAS HATI MAKA IA DI SEBUT LEMAH LEMBUT, BERLAWANAN DENGANNYA DI SEBUT MENGUTUK DIRI.
SABAR PADA PENANTIAN SUATU MASA MAKA DI NAMAKAN BERLAPANG DADA, BERLAWANAN DENGANNYA IALAH BOSAN.
SABAR PADA PERKARA YANG BERLEBIHAN DALAM HIDUP DINAMAKAN ZUHUD, LAWANNYA RAKUS.
SABAR DENGAN YANG SEDIKIT DAN BERASA CUKUP DI SEBUT QONAAH, LAWANNYA LAHAP.

Thursday, March 12, 2009

Sabarlah sahabatku.

0 comments




Setiap manusia pasti akan mencari yang terbaik bagi dirinya dalam apa jua perkara. Sama ada dalam persoalan harta, kehidupan dan sebagainya. Tetapi manusia tidak boleh lupa bahawa Allah s.w.t telah menetapkan yang terbaik bagi tiap-tiap manusia yang telah diciptakan-Nya.

Kadang-kadang manusia menganggap perkara itu tidak baik baginya tetapi itulah yang terbaik baginya dan kadang-kadang manusia menganggap perkara itu baik baginya tetapi itulah yang tidak baik baginya. Bukanlah ingin mengajak supaya kita menjadi manusia yang dungu menyerahkan hidup ini kepada takdir semata-mata tanpa usaha tetapi sekadar ingin merperingatkan bahawa sebagai manusia kita disuruh untuk berusaha akan tetapi natijahnya hanya Allah yang berhak untuk menentukan.

Ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak pernah sesekali akan menzalimi hamba-hambanya. Tiap-tiap yang telah berlaku merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita dan bersangka baiklah bahawa tiap-tiap yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Letakkanlah dalam diri kita bahawa Allah itu maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang sangat mengetahui tiap-tiap perkara yang terbaik bagi kita.

Sebab itu kita di tuntut untuk bersyukur ketika kita memperoleh kebaikan kerana itu adalah pemberian Allah kepada kita dan bersabar ketika ditimpa musibah kerana itu juga adalah pemberian dari Allah kepada kita samada untuk meningkatkan darjat keimanan kita atau untuk menghapuskan dosa-dosa kita terhadapnya.

Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita tidak lain merupakan bukti kasih sayang-Nya kepada kita. Kalau dahulu ketika kita sihat dan dalam kelapangan kita kurang untuk menyebut dan mengingatinya maka diberikannya kita sedikit kesusahan kerana Allah s.w.t rindukan doa dan suara kita ketika meminta. Supaya dengan ujian tersebut kita tidak lupa kepadanya.

Janganlah sesekali kita menjadi manusia yang mencela dan biadap terhadap Allah s.w.t. Ketika kita diberikan nikmat kita lupa untuk mensyukurinya dan ketika kita diberikan musibah kita mencela dan memakinya. Penuh didalam dada dengan sangkaan buruk kepadanya. Siapalah kita untuk melakukan perkara yang sedemikian kepada yang mencipta dan yang selalul menjaga kita. Memberikan kita makanan ketika kita lapar, memberi kita minuman ketika kita haus, menyembuhkan penyakit kita apbila kita sakit. Allahhua’lam….

“ingatlah Allah sebanyak-banyaknya pagi dan petang.”


Tuesday, March 3, 2009

syair pejuang

0 comments




Ingin Ku Undang Semua Pendekar...
Seluruh Persantrean Nusantara...
Usah Bercalang-calang Mendabik Dada...
Berkumpul Kita Bukan Untuk Berpisah...
Berpisah Bukan Untuk Lemah...

Pendekar dan Para Wali...
Mengibar Panji-panji Yang Dijanji..
Menyebar Amanh Pada Wahyu Yang Belum Wafat Lagi...
Pada Al Quran Dan Sunnah...

Ku Undang Pendekar Kalian...
Bukan Untuk Cabar Mencabar...
Kedukaan Lalu Penuh malu...
Menang Menjadi Arang...
Kalah Hapus Mendebu...
Pendekar Menjadi Permainan Orang...

Di Majlis Ini...
Ku Ingin Muntaji Gaya Pergerakan Ar Rahman Nur Rahim...
Tuhan Yang Maha Pemurah...
Abadikan Gerak Tubuh Ini...
Menjadi Gambaran Asma Ul Husna...
Perlakuan Af'al Illahi Yang Nyata...
Sesudah Di Redhai Apa Yang Kita Pinjam...
Buat Pelengkap Tugas Khalifah...
Agar Insan Lain Naik Saksi Membenar...
Dakwah Kebesaran Illahi...

Di Majlis Ini...
Ingin Ku Gambarkan Sifat Tuhan KU...
Ya Allah!!!
Dari Langkah-Langkah...
Dari Lipatan Seni Silat Yang Bersemadi...
Yang Mengutuhkan Gerak...
Seni Silat Kehidupan Ini...
Agar Insan Lain Naik Saksi Membenar...
Dakwah Kebesaran Illahi..

“Ramai orang yang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak berfikir untuk mengubah diri sendiri”
 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template