Setiap manusia pasti akan mencari yang terbaik bagi dirinya dalam apa jua perkara. Sama ada dalam persoalan harta, kehidupan dan sebagainya. Tetapi manusia tidak boleh lupa bahawa Allah s.w.t telah menetapkan yang terbaik bagi tiap-tiap manusia yang telah diciptakan-Nya.
Kadang-kadang manusia menganggap perkara itu tidak baik baginya tetapi itulah yang terbaik baginya dan kadang-kadang manusia menganggap perkara itu baik baginya tetapi itulah yang tidak baik baginya. Bukanlah ingin mengajak supaya kita menjadi manusia yang dungu menyerahkan hidup ini kepada takdir semata-mata tanpa usaha tetapi sekadar ingin merperingatkan bahawa sebagai manusia kita disuruh untuk berusaha akan tetapi natijahnya hanya Allah yang berhak untuk menentukan.
Ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak pernah sesekali akan menzalimi hamba-hambanya. Tiap-tiap yang telah berlaku merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita dan bersangka baiklah bahawa tiap-tiap yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Letakkanlah dalam diri kita bahawa Allah itu maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang sangat mengetahui tiap-tiap perkara yang terbaik bagi kita.
Sebab itu kita di tuntut untuk bersyukur ketika kita memperoleh kebaikan kerana itu adalah pemberian Allah kepada kita dan bersabar ketika ditimpa musibah kerana itu juga adalah pemberian dari Allah kepada kita samada untuk meningkatkan darjat keimanan kita atau untuk menghapuskan dosa-dosa kita terhadapnya.
Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita tidak lain merupakan bukti kasih sayang-Nya kepada kita. Kalau dahulu ketika kita sihat dan dalam kelapangan kita kurang untuk menyebut dan mengingatinya maka diberikannya kita sedikit kesusahan kerana Allah s.w.t rindukan doa dan suara kita ketika meminta. Supaya dengan ujian tersebut kita tidak lupa kepadanya.
Janganlah sesekali kita menjadi manusia yang mencela dan biadap terhadap Allah s.w.t. Ketika kita diberikan nikmat kita lupa untuk mensyukurinya dan ketika kita diberikan musibah kita mencela dan memakinya. Penuh didalam dada dengan sangkaan buruk kepadanya. Siapalah kita untuk melakukan perkara yang sedemikian kepada yang mencipta dan yang selalul menjaga kita. Memberikan kita makanan ketika kita lapar, memberi kita minuman ketika kita haus, menyembuhkan penyakit kita apbila kita sakit. Allahhua’lam….
“ingatlah Allah sebanyak-banyaknya pagi dan petang.”
0 comments:
Post a Comment