Tuesday, September 21, 2010

Nasihat dan peringatan. (1)


Wahai sekalian manusia, aku hairan melihat orang yang menyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab tetapi ia masih terus mengumpulkan harta. Aku juga hairan melihat orang yang menyakini akan masuk kedalam kubur tetapi masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang menyakini akhirat tetapi ia masih bersenang-lenang.

Aku hairan melihat orang yang menyakini hidup didunia dan segala bencananya, tetapi masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air sedangkan hatinya tidak bersih.

Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain tetapi melupakan aib dan cela dirinya sendiri ; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui dengan berseorang diri, kubur itu dihuni seorang diri, dihisab seorang diri tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia. Tidak ada tuhan selain aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Ku. (imam al-Ghazali : 1999)

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template