Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala puji baginya yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada tiap-tiap hambanya. Maka sebesar-besar nikmat yang telah dikurniakan kepada manusia adalah nikmat keimanan kepadanya.
Telah berkata Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud : “ bagi tiap-tiap umat itu ada ajalnya masing-masing, apabila telah tiba akan ajalnya maka ia tidak akan dapat dicepatkan atau dilambatkan “
InsyaAllah pada coretan kali ini, ingin saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita berbicara mengenai kematian agar kita tergolong dikalangan mereka-mereka yang selalu mengingati mati, mengingati mati merupakan antara tanda keimanan yang wujud dan mekar didalam diri kita. Berkata ulama’ kematian ini adalah perpindahan dari dunia ke alam yang lain, perumpamaannya seperti berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain. Kematian bagi orang-orang yang beriman ibarat seorang yang miskin duduk didalam rumah yang sangat usang kemudian dia berpindah kesebuah rumah banglo yang lengkap serba serbi, sudah pasti ia bergembira dengan perpindahan tersebut begitu jugalah sebaliknya bagi orang yang tidak beriman bagi mereka kematian ibarat perpindahan dari sebuah banglo ke sebuah rumah yang sangat usang, sudah pasti mereka tidak bergembira dengan perpindahan tersebut. Dimanakah kita..? bergembira dengan kematian atau sebaliknya.
Kebanyakkan manusia pada hari ini sudah tidak gemarkan lagi bahkan marah sekiranya kita mengingatkan dirinya dengan kematian, malah sesetengah pihak pula menganggap ingat kepada kematian hanya akan menyebabkan seseorang itu mundur dan tidak bermotivasi. Benarkah perkataan mereka ini.? Sedangkan nabi mengajarkan umatnya agar selalu dan sentiasalah mengingati saat kematian, perkataan siapakah yang lebih benar. Pakar motivasi terkenal tanah air iaitu dr. Hm Tuah sendiri mengakui kebenaran kata-kata nabi dan ada menyebutkan dalam bukunya yang bertajuk “ buat jangan tak buat” dimana beliau menyatakan bahawa kematian yang pasti ditempuhi oleh semua orang itu boleh menjadi jurunasihat yang paling baik.
Sekiranya kita masih tidak ada lagi jurunasihat ataupun kita sudah kehilangan jurunasihat maka jadikanlah kematian sebagai juru nasihat yang akan selalu memerhati dan menegur diri kita. Bagaimana..? “kematian” bukan manusia yang boleh berkata-kata… tak percaya..? cubalah selalu ingat kepada mati insyaAllah anda akan dapat merasai bagaimana ia akan jadi penasihat terbaik dalam hidup anda…. Selamat mencuba..:)
0 comments:
Post a Comment