Wednesday, February 24, 2010

Apakah dosa mereka…..




Segala puji hanya untuk Allah s.w.t dan selayaknya puji hanya pada-Nya. Hari ini manusia mula merasakan keresahan dan kebimbangan yang teramat sangat terutamanya dinegaraku Malaysia tercinta. Isu pembuangan bayi bukanlah suatu isu terpencil lagi, tapi merupakan suatu letusan isu yang amat besar dan sedang membarah. Bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang umpama sampah-sampah yang tidak lagi digunakan oleh mereka-mereka yang berfikiran “sampah” setelah terjebak dengan perbuatan yang terkutuk lagi hina disisi agama. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal dan masalah ini..? adakah kerajaan.? Institusi keluarga.? Guru-guru..? rakan sebaya..? siapakah yang harus dipertanggungjawabkan atas masalah ini..?

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, janganlah menjadi manusia yang selalu dan hanya pandai menunding jari keatas orang lain… sedarlah bahawasanya kitalah yang harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan keatas masalah ini. Semua pihak bersalah terhadap masalah ini tidak kira sama ada pihak kerajaan, institusi keluarga, guru-guru, juga rakan sebaya. Bukanlah dan amat tidak wajar untuk kita mencari siapa yang bersalah kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah bahkan hanya akan menambahkan masalah yang lain. Yang sepatutnya kita sama-sama fikirkan apakah yang mampu untuk kita buat dan lakukan bagi menghadapi isu pembuangan bayi ini. Memikirkan secara bersama apakah jalan terbaik bagi membendung masalah yang sangat tidak bermoral ini.

Berfikirlah dan carilah jalan terbaik untuk mendepani masalah ini, maka bagi saya tidak ada jalan dan cara yang paling sesuai lagi melainkan kita sama-sama kembali menjdikan AL-Quran sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah ini. Bagi mana-mana individu yang masih degil tidak mahu menjadikan AL-Quran sebagai “ubat” terbaik bagi membasmi penyakit ini, ia merupakan suatu kepelikkan. Umpama seorang yang dalam kegelapan teraba-raba mencari cahaya sedangkan pada tangannya ada pelita, akhirnya ia tersandung dan terus tersungkur.

Marilah kita sama-sama memahami bahawa masalah pembuangan bayi ini bukanlah masalah sebenar yang melanda Negara kita tetapi hanya akibat dari masalah yang lain. Kita umpamakan sebegini, sebuah kipas yang tidak berfungsi, maka terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan ia tidak berfungsi. Mungkin enjinnya rosak, mungkin wayarnya putus dan sebagainya. Sekiranya kita telah mengenal pasti masalah sebenar kipas tersebut maka akan mudah untuk kita menyelesaikan masalah kipas tersebut. Sekiranya kipas tadi putus wayarnya adakah logik kalau yang kita sibuk betulkan enjinnya. Ini kerja sia-sia dan bukan kerja mereka yang bijak.

Begitu juga dengan masalah ini, dimana punca masalahnya.? Bagi saya, punca masalahnya adalah mereka jauh dari pedoman dan penghayatan terhadap agama. Oleh itu tidak ada akan ada jalan dan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini melainkan kita mendekatkan kembali mereka dengan agama. Semua pihak harus bertanggungjawab dan berperanan pada kondisi masing-masing bagi memastikan seluruh masyarakat dapat memahami dan mengamalkan agama dengan sebaiknya.

Pihak kerajaan dengan cara sebagai seorang pemerintah, menggunakan segala kekuasaan dengan sebaik mungkin bagi merealisasikan matlamat tersebut. Begitu juga dengan institusi keluarga, seterusnya setiap diri individu itu sendiri juga harus bertanggungjawab bagi merealisasikan matlamat ini. Jauhkan diri dari bersikap mementingkan diri sendiri dan menjadikan diri lebih bertanggungjawab terhadap masa hadapan umat Islam Umumnya. InsyaAllah sekiranya kita bersama-sama menggembeling tenaga pasti masalah ini akan dapat dibendung dari terus membarah dan merosakkan masyarakat.

Mulakanlah dari diri kita……. kalau bukan hari ini bila lagi..? kalau bukan kita siapa lagi..? kalau yang belajar tinggi pun tak cakna, apatah lagi yang tak belajar...... fikir-fikirkan... bukankah telah Allah kurniakan kepada kita akal....

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template