Sahabat yang dirahmati oleh Allah sekalian. Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan manusia di muka bumi ini adalah sebagai khalifah. Khalifah yang mentadbir dengan menjadikan agama Islam ini sebagai asas pentadbirannya dan itulah sebenar-benar khalifah di sisi Allah s.w.t.
Tetapi pada hari ini apa yang berlaku adalah bercanggah dengan kehendak Allah s.w.t. Manusia itu mentadbir tetapi tidak menjadikan Islam sebagai sistem asas pentadbirannya . Mereka lebih suka untuk menggunakan sistem yang direka-reka oleh manusia berbanding yang telah ditetapkan oleh agama.
Maka natijahnya pada hari ini kita dapat melihat berlakunya kezaliman demi kezaliman dan kerosakan demi kerosakan terhadap alam dan umat ini. Terutamaya saudara seIslam kita. Wahai pemuda pemudi Islam sekalian adakah kita tidak merasakan apa-apa terhadap kezaliman ini, adakah kita sudah buta daripada melihat kemungkaran ini atau pun kita ini hanya ingin menjadi manusia yang hanya memikirkan diri sendiri. Atau kita ingin menjadi manusia yang bacul dan takut untuk menyatakan kebenaran..? dimanakah peranan kita sebagai pemuda yang dikatakan golongan yang kuat….
Wahai pemuda dan pemudi sekalian. Sedarlah bahawa anda adalah harapan negara dan agama. Jangan jadikan ilmu yang timba dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah itu disia-siakan. Gunakanlah peluang dan ruang yang diberikan oleh Allah itu untuk digunakan dijalannya. Berjuang dengan bersungguh-sungguh dan gunakan segala kecerdikan itu untuk memastikan kemenangan Islam dan kehancuran thoqut.
Jadikanlah diri kita seorang khalifah yang diiktiraf oleh agama yang menjadiakan Islam sebagai asas pentadbirannya kerana suatu hari nanti tampuk pimpinan negara akan bertukar ketangan kita.
Kita melihat apa yang berlaku pada hari ini sebagai pengajaran. Melihat kepada kerosakan sebahagian pemimpin yang menjadikan jawatan sebagai jalan untuk mengumpul kekayaan dan mendapatkan kemegahan. Masalah ini adalah masalah biasa yang berlaku dalam dunia pemerintahan sejak zaman berzaman. Persoalannya adakah kita sanggup untuk mengulangi akan kesilapan ini…..? dan adakah kita sudah cukup bersedia untuk menghadapai ujian yang hebat ini. Ataupun tidak terfikir pun dibenak kita untuk menjadi pemimpin yang mulia yang dijanjikan oleh Allah dengan naungan di padang mahsyar..
Walaupun dimanapun kita, sebenarnya kita adalah pemimpin.. samada sebagai pemimpin keluarga, masyarakat dan pemimpin keatas diri sendiri. Oleh itu kita perlu mempersiapkan diri kita dengan persiapan yang cukup rapi untuk menghadapi segala ujian dari Allah s.w.t. Tidak ada lagi jalan yang terbaik untuk kita mempersiapkan diri kita melainkan dengan mencontohi orang-orang sebelum kita.
Sebagai contoh kita melihat kegemilangan Islam suatu ketika dahulu adalah di bawah pemerintah yang hebat hubungannya dengan Allah s.w.t. selain dari kecerdikan mereka. Amalan sunat mereka yang istiqamah disamping amalan wajib yang tidak pernah ditinggalkan. Merekalah pejuang agama yang benar-benar berjuang demi mengharapkan keredhoan dari Allah semata-mata. Persoalannya adakah kita telah mempersiapkan diri kita sebagai mana mereka mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi ujian. Mereka Berjaya bukanlah kerana kehebatan yang dimiliki semata-mata tetapi mereka Berjaya kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah s.w.t.
Lalu kita dimana, adakah kita hanya menjadi manusia yang melaungkan dan menggelarkan diri kita sebagai seorang pendakwah tetapi dalam masa yang sama solat kita tak terjaga. Melaungkan bahawa kita adalah pejuang agama tetapi dalam masa yang sama kita adalah manusia yang angkuh dan sombong. Tidak menjadikan ilmu sebagai jalan untuk memuliakan orang yang hina tetapi menjadikan ilmu untuk menghinakan manusia… adakah kita yakin dengan amalan kita yang berserabut dan bercampur dengan kemungkaran ini akan mengundang keredhoan dariAllah dan pertolongannya…. Tidak dinafikan kita memang bukan manusia yang sempurna tetapi untuk menjadi pejuang agama dan khalifah dimuka bumi ini maka kita harus berusaha untk menjadi manusia yang sempurna kerana itu adalah prasyarat yang mesti kita penuhi.
Sekiranya syarat-syarat ini tidak kita penuhi maka tidak mustahil kita akan mengulangi kesilapan-kesilapan orang yang sebelum kita. Dan amat ditakuti perjuangan kita tidak diterima oleh Allah dan kita tidak akan mendapat sebarang pertolongan darinya….
Berdoalah wahai pemuda pemudi sekalian agar kita dipili sebagai orang yang akan memenangkan agama ini. Dan bermohonlah agar amalan kita diterima dan bermunajatlah agar kita ini selalu dibimbing oleh Nya….

0 comments:
Post a Comment