Friday, July 17, 2009

Apabila Ilmu Dianggap Barang Dagangan.




“Dengan Nama Allah Yang Maha Mulia Aku Berlindung Dari Menjadi Manusia Yang Diberikan Ilmu Lalu Dicampakkan Ke Dalam Neraka Dan Dengan Ilmu Tadi Hanya Akan Menjadikan Diriku Sombong, Aku Memohon Padamu Ya Allah Agar Kau Berikan Aku Ilmu Yang Mampu Mendatangkan Manfaat Yang Baik Serta Menjadi Jambatan Untuk Aku Menghampirkan Diriku Denganmu”.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, menjadi suatu perkara yang amat menyedihkan apabila terdapat sebahagian penuntut-penuntut ilmu yang tidak memerhatikan persoalan niat dan tujuan mereka menuntut ilmu, samada dari golongan agama atau professional. Mereka menganggap ilmu ini sebagai suatu barang dagangan semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia, sijil dan nama.

Penuntut ilmu hari ini ditakut-takutkan dengan persoalan sijil, pointer,kerja dan sebagainya. Dari satu sudut itu adalah suatu tindakan yang baik bg menaikkan semangat dan motivasi untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Akan tetapi dari satu sudut pandangan yang lain pula ia akan menjadikan penuntut-penuntut ilmu ini lupa akan matlamat sebenar ilmu yang mereka tuntut itu.

Kita melihat hari ini akibat dari menyimpangnya penuntut-penuntut ilmu itu dari matlamat sebenar mereka menyebabkan mereka seperti terumbang ambing dan berperangai seperti orang yang tidak mempunyai agama. Sudah menganggap ilmu adalah untuk mendapatkan kehidupan dunia semata-mata, sedangkan gunanya ilmu itu adalah untuk mendapatkan keuntungan dunia dan akhirat.

Kita lihat dan cermin diri kita, apa yang telah kita lakukan dengan ilmu yang Allah berikan kepada kita, telah diamalkan atau belum atau kita telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dipelajari.

apakah benar ilmu itu hanya untuk mendapatkan sijil semata-mata,,? Atau mendapatkan kerja semata-mata..? sekiranya ditanyakan kepada penuntut-penuntut ilmu pasti mereka akan menjawab tidak….., kami menuntut ilmu ikhlas semata-mata mengharapkan keredhoan Allah….. dan untuk berdakwah…

Tetapi adakah sama apa yang diperkatakan dengan apa yang dilakukan..?
kerana ingin menjaga nama dan pangkat sanggup untuk mendiamkan kemungkaran didepan mata.., kerana ingin mendapatkan sijil dan pointer yang baik lalu menuruti segala perintah orang tertentu tanpa mengira samada perkara itu baik atau tidak disisi agama.., adakah perbuatan ini menggambarkan keikhlasan dalam menuntut ilmu… bertanya pada diri sendiri..? dan selalulah memperbaiki akan niat semoga Allah menjauhkan kita semua dari dosa ini dan menjadikan kita manusia yg berani……..

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template