Monday, March 14, 2011

Peperangan Salah Satu Method Dalam Berdakwah


Pendahuluan

Peperangan adalah suatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia sejak dari dahulu lagi. Sebelum kedatangan Islam, peperangan adalah suatu yang dilancarkan semata-mata untuk mendapatkan kekuasan dan menguasai orang lain yang lebih lemah atau iaa dilancarkan semata-mata ingin menunjukkan kekuasaan dan kehebatan yang dimiliki. Peperangan dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman kerana peperangan yang dilancarkan adalah semata menurut kehendak hawa nafsu. Akan tetapi setelah kedatangan Islam, peperangan ini dipandu dan dibatasi dengan beberapa hukum yang perlu dipatuhi, Nabi s.a.w telah mengajarkan kepada seluruh manusia cara berperang dan tujuan berperang yang sebenar. Adapun peperangan yang dilancarkan oleh kaum kafirin adalah amat berbeza dengan peperangan yang dilancarkan oleh muslimin kerana tujuan antara keduanya adalah amat berbeza. Tujuan kaum muslimin melancarkan peperangan adalah untuk menegakkan kebenaran dan mengalahkan kezaliman, memastikan seluruh manusia samada orang Islam atau bukan Islam hidup dengan penuh keharmonian.

Islam adalah agama yang sempurna dan sebaik-baik ajaran kerana ia adalah satu-satunya agama yang diterima dan diredhoi oleh Allah S.W.T kerana ajarannya merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah juga peperangan. Islam adalah agama pertama yang memperuntukkan undang-undang dalam peperangan dan satu-satunya agama yang dapat menjamin keadilan dan menolak kezaliman. Tetapi pada hari ini, orang Islam telah dianggap sebagai pengganas kerana selalu melakukan kerosakan dan melakukan kemusnahan serta melakukan keganasan, ini adalah kejayaan media barat dan orang-orang yahudi dalam memerangi orang Islam. Mereka memburuk-burukkan orang Islam dan melebelkan orang Islam sebagai pencetus keganasan.

Sesungguhnya setiap tuduhan yang dilemparkan oleh orang-orang yahudi itu adalah tidak benar dan amat jahat. Islam bukanlah agama yang menyukai keganasan bahkan amat menyukai keamanan, peperangan yang dilancarkan adalah semata-mata untuk mempertahankan diri dan memastikan diri setiap muslim itu jauh dari sebarang bentuk kezaliman kerana kezaliman adalah suatu perkara yang amat tercela disisi agama. Sesungguhnya merekalah (orang-orang yahudi) yang suka kepada keganasan kerana mereka menganggap mereka adalah bangsa yang mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template