Saturday, October 23, 2010

Perkaitan Antara Akidah, Agama Dan Kebudayaan.


- Akidah, agama dan kebudayaan sebenarnya adalah 3 unsur yang saling berkaitan dan sukar untuk dipisahkan. Ini kerana agama itu sendiri tertegak atas dasar akidah manakala kebudayaan pula tertegak atas asas agama. Untuk lebih mudah kita memahami akan hal ini, kita umpamakan akidah adalah tapak kepada sebuah rumah, agama sebagai tiang dan dinding, manakala pintu, atapnya adalah kebudayaan. Kekuatan sesebuah bangunan itu terletak pada tapaknya begitulah juga dengan agama dan kebudayaan, ia akan menjadi baik dengan kemantapan akidah yang telah dibina. (Sidi Gazalba 1978)

Tapak sahaja tidak cukup untuk sesebuah rumah itu, ia memerlukan tiang dan dinding tanpa keduanya ia tidak akan dikenali sebagai sebuah rumah. Begitulah perumpamaan akidah dan agama, akidah yang mantap hanya akan dapat dizohirkan dengan nilai agama yang baik manakala nilai agama yang baik pula hanya dapat dizohirkan melalui kebudayaan yang baik. (Sidi Gazalba 1978)

Perlu difahami dengan jelas bahawa kebudayaan yang baik menjadi cermin kepada nilai agama yang baik seterusnya menjadi cermin kepada akidah yang benar-benar ikhlas dan suci begitu jugalah sebaliknya. Kebudayaan yang tidak baik akan membawa fitnah kepada agama dan akan merosakkan akidah. Hanya dengan gabungan antara tiga unsur ini akan menjamin kejayaan bagi seseorang itu didunia dan kehidupan di akhirat kelak. (Dr Musa Asy’arie 1999 )

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template