Tuesday, September 21, 2010

Nasihat dan peringatan. (2)



Diri – Ku menyaksikan diri-Ku sendiri, bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku ; Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Ku. Sesiapa yang tidak redho dengan ketetapan-Ku, tidak bersyukur atas nikmat-Ku dan tidak merasa cukup dengan pemberian-Ku maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain-Ku.

Oleh itu, sesiapa yang berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seoalah-olah ia marah kepada-Ku ; sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesugguhnya ia telah menyakiti-Ku ; sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri dihadapannya kerana kekayaannya, maka sesugguhnya telah hilang dua pertiga agamanya ; dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di depan orang yang mati, maka seolah-olah ia telah mengambil tombak dan menghujamkannya kepada-Ku dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan maka seoalah-olah ia tekah menghancurkan pintu kaabah dengan tangannya.

Dan sesiapa yang tidak peduli daripada sumbermana makanan yang dimakannya maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam neraka jahannam dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya(ilmu dan pengalaman) maka sebenarnya ia semakin berkurang dan sesiapa yang terus-menerus merosot dan berkurang maka maut adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya, dan sesiapa yang panjang angan-angannya tidak ikhlas amalnya. (imam ghazali : 1999)

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template