Wednesday, September 29, 2010

Nasihat dan pengajaran (8).

0 comments
Wahai sekalian manusia, tidak Aku jadikan kamu dalam keadaan sia-sia dan tidak Aku jadikanmu dalam keadaan batil dan Aku bukanlah pelalai, Aku amat mengenali kamu dan tidak akan tercapai apa yang ada di sisi- Ku melainkan dengan sabar atas perkara-perkara yang kamu benci di dalam keredhoan-Ku. Bersabar dalam mentaati-Ku adalah lebih mudah bagi kamu daripada bersabar dalam menentang Aku. Meninggalkan maksiat adalah lebih mudah bagi kamu daripada membuat-buat dalih untuk bebas daripada kepanasan neraka dan azab dunia adalah lebih ringan bagi kamu daripada azab akhirat.

Wahai manusia, sekalian kamu adalah sesat melainkan orang yang Aku beri petunjuk kepadanya, sekalian kamu adalah jahat melainkan orang yang Aku memeliharanya. Bertaubatlah kamu kepada-Ku supaya aku mengasihi kamu dan janganlah kamu cuba menutupi rahsia-rahsia kamu terhadap yang tidak tersembunyi bagiNya rahsia kamu (yakni Allah). (imam ghazali : 1999)


Tuesday, September 28, 2010

Nasihat dan peringatan (7).

0 comments

Wahai sekalian manusia, wahai hamba dinar dan hamba dirham, sesungguhny aku jadikan dinar dan dirham adalah untuk dapat kamu pergunakan, supaya kamu boleh makan daripada rezeki-ku, memakai pakaian daripada kain-ku, dan supaya kamu dapat mengucap tasbih serta mensucikan aku ; kemudian kamu ambil kitab-ku dan kamu letakkan dibelakang kamu, dan kamu ambil dinar dan dirham lalu kamu letakkan kedua-duanya di atas kepala kamu, kamu bangun rumah kamu tapi kamu biarkan rumah-ku.

Sebenarnya kamu bukanlah orang yang bebas dan merdeka, kamu adalah hamba dunia, semua kamu tidak ubah seperti kuburan yang di cat dengan kapur yang apabila dipandang dari luar kelihatan elok, sedangkan didalamnya amat mengerikan, demikian jugalah kamu dipandang baik dan dikasih manusia kerana ucapan-ucapan kamu yang manis serta tindak-tanduk kamu yang memikat. Kamu dijauhkan daripada hati yang keras dan tindak-tanduk yang buruk.

Wahai manusia, ikhlaslah amal dalam beramal, dan mintalah kepada-ku, maka sesungguhnya aku akan member kepadamu lebih banyak daripada yang diminta orang-orang yang meminta. (imam ghazali : 1999)

Nasihat dan pengajaran (6).

0 comments


Tidaklah kujadikan kamu wahai manusia, untuk membanyakkan yang sedikit, dan bukan pula untuk bersuka-suka untuk menghilangkan kesunyian, serta bukan untuk menjadi pembantu-ku untuk melakukan sesuatu yang Aku lemah melakukannya bukan pula untuk sesuatu manfaat atau untuk menghindar dari mudarat.

Akan tetapi, Ku-jadikan kamu adalah untuk mengabdi kepada-ku berpanjangan, supaya kamu bersyukur kepada-ku sebanyak-banyaknya dan supaya kamu bertasbih kepad-ku pagi dan petang.

Wahai sekalian manusia, seandainya semua kamu daripada mula-mula hingga penghabisan, yang bangsa manusia dan bangsa jin, yang kecil dan yang besar, yang merdeka dan yang abdi saling tolong-menolong dan sama-sama mentaati Aku. Maka yang demikian tidak sampai menambah sebiji zarah pun dalam kerajaan-ku. Sesiapa yang berjihad, sebenarnya ia berjihad untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah maha kaya daripda seluruh alam.

Wahai manusia, sama saja, iaitu jika engkau menyakiti maka engkau pun akan disakiti. Apa yang engkau lakukan maka hal sama jugalah yang akan dilakukan terhadapmu.

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template