Tuesday, February 23, 2010

Sebatan.....



Alhamdulillah segala puji ke atas Allah s.w.t satu-satunya yang layak untuk mendapat pujian dari seluruh makhluk. Ketaatan yang tiada berbelah bahagi keatas-Nya moga-moga Allah s.w.t melindungi kita dari dosa yang tidak akan diampunkan olehnya iaitu mensyirikkan-Nya dengan sesuatu.

Sesunggunya Allah s.w.t merupakan pencipta dan pentadbir ke atas alam ini. Bahawasanya telah ditetapkan beberapa perkara dan hukum yang disampaikan melalui pesuruhnya dengan berdasarkan kitab teragung al-Quran al-Qarim sebagai sumber rujukan utama. Allah juga telah mengingatkan manusia bahawa barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Nya iaitu al-Quran maka baginya suatu kehidupan yang sempit.

Manusia-manusia yang tidak beriman kepada al-quran menganggap segala hukum yang terdapat didalamnya adalah undang-undang lama yang sudah tidak patut digunakan lagi dan harus ditukar gantikan dengan undang-undang yang baru yang lebih bersesuaian kerana menganggap undang-undang al-quran sudah tidak sesuai untuk digunakan lagi. Betapa pelik dan bodohnya manusia yang ingin membanding-bandingkan undang-undang ciptaan manusia dan undang-undang yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Sudah pasti bahawa undang-undang yang diciptakan oleh manusia itu tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah bahkan hanya akan menambah kepada lebih banyak masalah.

Buktinya adalah pada hari ini kita boleh melihat kadar jenayah dan berita-berita di dada-dada akhbar yang saban hari menceritakan masalah jenayah dan kes sumbang mahram yang tidak menampakkan akan berkurang bahkan bertambah hari demi hari. Kita juga digemparkan dengan gejala pembuangan bayi yang semakin membarah seolah-olah kita sedang duduk dizaman jahiliyyah arab seperti suatu masa dahulu bahkan pada hari ini lebih kejam dengan bayi-bayi kecil yang tidak berdosa dibuang ditong-tong sampah bahkan ada diantaranya dibakar hidup-hidup. Bukankah apa yang berlaku pada hari ini merupakan akibat daripada kebodohan manusia-manusia yang berpaling dari peringatan dan hukum yang terdapat dalam al-Quran dan merupakan juga suatu bukti yang ingin ditunjukkan kepada manusia bahawa kitab al-Quran itu merupakan suatu mukjizat yang agung dimana apa yang dinukilkan didalamnya adalah perkara yang benar dan pasti.

Alhamdulillah pada hari ini masyarakat sudah semakin sedar akan hakikat bahawa dengan kembali kepada al-Quran akan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh manusia. Hari ini kita dihebohkan dengan isu perlaksanaan hukuman sebatan ke atas pelaku-pelaku jinayah syar’iyah seperti yang telah diumumkan oleh menteri dalam negeri tentang hukuman sebat yang dijalankan keatas 3orang wanita yang telah didapati bersalah kerana melakukan persetubuhan luar nikah. Ini merupakan suatu perkembangan yang amat baik kerana ia dapat miembuktikan bahawa hukum Islam itu masih sesuai dan relevan untuk dilaksanakan. Ditambah lagi dengan pengakuan dari pesalah sendiri yang menyatakan keinsafannya setelah menerima hukuman tersebut. Malah mereka juga menyatakan bahawa hukuman sebatan mengikut syariah amat berbeza dengan hukuman sebat berdasarkan sivil.

Tapi sayang seribu kali sayang pengajaran dan hikmah dari perlaksanaan hukuman tersebut hanya dapat dirasai oleh pesalah semata-mata tetapi tidak dapat memberi pengajaran kepada semua orang terutamanya masyarakat Islam Malaysia kerana perlaksanaan hukuman tersebut dijalankan secara tertutup dan disaksikan oleh beberapa orang pegawai sahaja. Walaupun ia dikatakan hukuman sebat berdasarkan syariat tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki dimana telah jelas dinyatakan didalam al-Quran bahawa hukuman itu mestilah dilaksanakan disuatu tempat yang lapang dan dilihat oleh sebahagian orang mukmin agar orang lain dapat mengambil pengajaran dari perlaksanaan hukuman tersebut. Walauapa pun mungkin ini adalah perlaksanaan pertama hukuman sebat tersebut dan terdapat pelbagai kelemahan yang wujud dan masih boleh untuk diperbaiki dan mungkin selepas ini ia akan dapat diperbaiki lagi dari sudut perlaksanaannya. Moga-moga dengan perlaksanaan hukuman sebat ini akan dapat membendung masalah kerosakan akhlak remaja serta mengurangkan kadar jenayah dinegara ini terutamanya jenayah sumbang mahram..

Semoga hukuman sebat ini menjadi perintis kepada perlaksanaan hukuman-hukuman lain yang terdapat dalam al-Quran seperti hukuman hudud dan hukuman Qisos. Adapun kepada mereka-mereka yang menentang hukuman ini atas pelbagai alasan dan hujjah yang dangkal sedarlah bahawa menetang suatu ketentuan dari Allah s.w.t hanya akan menjerumuskan manusia kedalam pelbagai masalah dan kerosakan.

Oleh itu, saya menyambut baik akan perlaksanaan hukuman sebat ini dan mengharapkan agar dilakukan penambah baikan dari sudut perlaksanaannya agar lebih ramai lagi yang dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari perlaksanaan hukuman berdasarkan syuariah ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template