Monday, August 31, 2009

Penakluk Andalusia.





Tariq bin ziad adalah nama yang tidak asing dalam sejarah peradaban Islam, kehebatan yang ditunjukkan dalam menakluki bumi Andalus telah melakar suatu sejarah yang indah dalam dunia ketamadunan Islam. Beliau dan tenteranya telah menggempur dan hamper menakluki sehingga ke Eropah.

Bagaimanakah beliau boleh dan tenteranya mampu untuk menjadi sehebat itu, pasti ada suatu rahsia di sebalik kehebatannya. Setelah ku baca dan fahami kisah tentang Tariq bin ziad ini maka aku pun menemui akan rahsia kehebatannya dan tentera-tenteranya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa yang maha kuat dan hebat itu hanya Allah S.W.T . tetapi Allah juga boleh untuk menjadikan seseorang itu hebat mengikut kehendaknya.

Hati yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan habuan dari keduniaan merukan salah satu kekuatan yang ada di dalam jiwa setiap mukmin yang berjuang pada ketika itu. Apabila Tariq ditawarkan dengan emas dan pangkat sekiranya di Berjaya menakluki Andalus maka dia menolak akan tawaran itu dan berkata “ kami hanya mengharapkan keredhoaan dan syurga Allah semata-mata”. Tidak langsung hatinya terpaut dengan kemewahan dunia.

Tidak kurang juga amalannya dengan Allah S.W.T, beliau menjadikan dirinya dan tenteranya adalah orang yang benar-benar hampir dengan Allah S.W.T dengan amalan-amalan yang sunat disamping amalan yang wajib. Dalam memilih tentera bagi menunaikan sesuatu misi yang penting Tariq tidak menjadikan paras rupa sebagai ukuran akan tetapi beliau menjadikan solat malam sebagai ukurannya.

Jauh dari perasaan tamak haloba telah menyebabkan ramai dari orang-orang kafir yang tertarik hati dengan akhlak yang ditunjukkannya. Walaupun die mempunyai kuasa tetapi tidak pernah menggunakan kuasa tersebut untuk berlaku zalim, apabila ditanyakan oleh sahabatnya “Julian” mengapakah harta rampasan itu dibahagi sama rata.? Bukankah anda seorang ketua… maka Tariq pun menjawab : “ pangkat tidak membezakan pembahagian harta antara kami, bahkan anda juga akan mendapat bahagian dari harta rampasan itu. Julian bertanya : “walaupun saya masih belum beriman.?” Tariq : “ ya.. kita bekerjasama dalam mendapatkan kemenangan ini maka anda dan tentera anda juga berhak.

Sikap dan akhlak yang ditunjukkan oleh tentera Islam menyebabkan Islam lebih mudah tersebar di bumi Andalusia kerana penduduk di sana lebih sukakan cara pemerintahan islam berbanding Raja mereka.

Sahabat yang dirahmati oleh Allah sekalian, marilah kita sama-sama berjuanglah di jalan Allah dengan bersungguh-sungguh, disamping menjalankan gerak kerja yang banyak jangan dilupakan juga amal-amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Kita contohilah para Nabi dan para sahabatnya dalam memperjuangkan agama Islam ini. Jangan kita selalu untuk mempertikaikan bahawa ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan ujian yang kita hadapi tetapi selalulah merenung dan mengkaji bagaimana mereka meghadapi setiap ujian yang diberikan oleh Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template