Wednesday, February 18, 2009

Ilmu ini milik siapa???


Segala puji bagi Allah s.w.t yang maha tinggi dan maha adil serta tidak menyerupai sesuatu pun. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. juga kepada sahabat-sahabat baginda dan para pendakwah yang telah berkorban bersungguh-sungguh agar agama yang mulia ini tersebar ke seluruh pelusuk bumi. "Lihatlah apa yang diperkatakan jangan melihat siapa yang berkata-kata".

Setiap anak adam yang dilahirkan dari perut ibunya dalah merupakan seorang manusia yang jahil dan tidak mengetahui apa-apa pun, kemudian Allah kurniakan padanya telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Oleh itu manusia perlu faham dan yakin bahawa tiap-tiap ilmu yang ada didalam dada itu adalah semata-mata kurniaan dari Allah s.w.t untuk menguji manusia. Apakah yang dilakukan dengan ilmu yang telah diberikan, samada kita menjadilkan ilmu itu sebagai jambatan untuk mendekatkan diri kepadanya atau sebaliknya. Tiap-tiap ilmu yang baik adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan Allah dan bukan sebaliknya.

Ada manusia yang menghinakan orang lain dengan ilmunya, menjadi sombong kerana tinggi dan hebat ilmunya, ada juga yang menjualkan ilmunya kerana harta tetapi itu semua bukanlah hakikat ilmu. Siapakah manusia yang benar-benar dikurniakan oleh Allah dengan ilmu…? Mari kita lihat contoh sebaik-baik umat iaitu Nabi Muhammad s.a.w, baginda merupakan manusia pilihan yang amat tinggi ilmunya tetapi baginda tidak menjadikan ilmu yang ada pada dirinya untuk menghinakan orang lain tetapi menjadikan manusia yang hina itu menjadi mulia. Baginda tidak menjualkan ilmu yang ada kerana harta tetapi baginda menjualkan diri kerana ilmu.

Setiap manusia perlu meletakkan di dalam diri bahawa tiap-tiap ilmu yang ada di dalam dada-dada manusia itu sebenarnya adalah milik Allah s.w.t. dan perlu juga yakin bahawa ilmu yang ada di dalam dada kita itu juga adalah milik Allah yang hanya dipinjamkam kepada kita. Suatu hari nanti pasti Allah akan bertanya tentang tiap-tiap apa yang telah dipinjamkam kepada kita. Masa tu jawablah…?

Untuk menjadi manusia yang baik kita harus meletakkan dalam diri bahawa setiap yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, setiap teguran yang sampai kepada kita juga adalah hakikatnya dari Allah walaupun pada zahirnya datang dari seorang manusia tetapi perlu yakin ilmu yang ada padanya itu juga adalah milik Allah dan dia hanya menyampaikan. Sesiapa yang menolak atau membelakangkan apa yang telah disampaikan oleh Allah kepadanya maka sesungguhnya dia telah memilih jalan yang salah…..

Siapa yang rugi…? Allah..? agama…? Atau yang rugi adalah diri sendiri….. tepuk dada Tanya iman…

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template