Monday, February 23, 2009

Bestnye makan riba'...!


sekadar gambar hiasan

Al-hakim :

“Allah tidak memasukkan empat golongan ke syurga dan mereka tidak akan mengecapi nikmatnya; orang yang membiasakan minum arak, pemakan riba’, pemakan harta anak yatim tanpa kebenaran dan orang yang mendurhakai orang tuanya.”

Al-hakim, “riba’" itu ada tujuh puluh tiga pintu. Yang paling ringan diantaranya seperti seorang lelaki menikahi ibunya sendiri.” Al-bazzar, “riba’ ada tujuh puluh pintu lebih dan syirik pun demikian pula.” Riba’ itu tujuh puluh pintu. Yang paling ringan ialah seperti orang yang menjimak terhadap ibunya sendiri.” At-thabrani, “dari Abdullah bin Salam, dari Nabi S.A.W., baginda bersabda : satu dirham yang didapatkan oleh seseorang dari sesuatu yang riba’ lebih besar dosanya di sisi Allah daripada tiga puluh tiga kali zina yang dilakukan dalam islam.”

Terlalu banyak larangan yang telah disampaikan oleh agama kepada kita tentang persoalan riba’ ini, membuktikan bahawa riba’ bukanlah suatu perkara yang kecil dan remeh tetapi pada hari ini ramai dan kebanyakan umat hari ini memandang remeh dan kecil tentang persoalan riba’. Ada sesetengah golongan yang sanggup dan berani mempermainkan persoalan ini dengan mengatakan “ ada faedah baru la boleh cepat kaya” seolah-olah ingin menyatakan bahawa persoalan riba’ sudah ketinggalan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian ada juga yang mengamalkan riba’ dan beralasan terpaksa atau darurat. Tidak menjadi masalah sekiranya benar-benar dalam keadaan darurat. Persoalannya adakah kita benar-benar dalam keadaan darurat seperti yang dimaksudkan oleh agama atau darurat hanya pada firasat dan sangkaan kita sahaja. Tanya iman dan Tanya hati adakah kita sengaja mencari alasan untuk tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh agama kerana merasakan syariat itu menyusahkan kita atau kita ingin menjadi seperti golongan yang hanya beriman kepada sebahagian dan ingkar kepada sebahagian.

Mana-mana hukum agama yang tidak bersesuaian dengan diri dan kehendak kita maka ia diketepikan. Memandang remeh dan ambil mudah dengannya. Sebagai seorang yang benar-benar beriman maka tidak layaklah ia memandang kecil persoalan agama kerana tiap-tiap syariat agama itu adalah datangnya dari yang Maha berkuasa yang menciptakan kita.

Perbaikilah amalan kita semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita. Cermin dan teroponglah diri kita adakah kita orang yang terbabit dengan dosa ini secara sengaja atau tidak, sekiranya kita terbabit adakah kita terbabit kerana benar-benar dalam keadaan darurat atau tidak. Dan pohonlah kepada Allah agar kita tidak tergolong dikalangan orang yang mempermain dan meremehkan persoalan ini kerana tiap-tiap tuntutan agama itu menjadi kayu ukur untuk kehidupan yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 

Pemuda Badar Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template